Wednesday, August 26, 2020

Ini, 101 projek runding terus -Kementerian Kewangan

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mendedahkan senarai 101 projek yang bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, dalam kenyataan itu memaklumkan mendahului senarai projek rundingan terus adalah membabitkan Kementerian Pengangkutan dengan nilai perolehan sebanyak RM4.47 bilion membabitkan empat projek.

Ia diikuti enam projek Kementerian Pertahanan (RM900.86 juta); lapan projek Kementerian Dalam Negeri (RM517.68 juta); 12 projek Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (RM380.12 juta) serta dua projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (RM170.79 juta).

Yang lain ialah tujuh projek Kementerian Pendidikan (RM87.49 juta); empat projek Kementerian Kesihatan (RM10.87 juta); sembilan projek Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (RM10.36 juta); tujuh projek Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (RM8.46 juta); empat projek Kementerian Kewangan (RM9.03 juta) serta lima projek Jabatan Perdana Menteri (RM8.18 juta).

Dua projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (RM7.36 juta); satu projek Kementerian Belia dan Sukan (RM6.45 juta); lapan projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM6.15 juta); 13 projek Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (RM5.67 juta); satu projek Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (RM1.18 juta); empat projek Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (RM1.17 juta); dua projek Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (RM570,000); satu projek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (RM160,000) serta satu projek Kementerian Wilayah Persekutuan (RM960,000)

Tengku Zafrul berkata, rundingan terus dibenarkan atas dasar proses perolehan yang memenuhi salah satu atau lebih daripada syarat yang ditetapkan.

Syarat itu, katanya, adalah perolehan bekalan dan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang mana jika ia tidak dilaksanakan segera, boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara.

"Selain itu, keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan yang baru diperoleh.

"Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja," katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, syarat rundingan terus juga berkaitan keselamatan dan strategik yang membabitkan perolehan barangan atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara.

"Atau kontrak dengan syarikat pembuat (manufacturer) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan," katanya.

Beliau berkata proses itu membabitkan permohonan daripada kementerian lain kepada Kementerian Kewangan. (BH)

18 comments:

Anonymous said...

Eng guan jangan hidup untuk menipu. Eng guan jangan hidup untuk merosakan ekonomi tabung haji. Jangan ganggu duit zakat.

Anonymous said...

anonymous 9:48
Tabung haji baru bayar Zakat lebih tinggi dari tahun lepas... rosak kot mana tabung haji tu? ganggu tang mana duit zakat tu... Dosa fitnah walaupun dia tu kafir...

Anonymous said...

Aku igtkan 6 bilion projek masuk bawah guan eng je.. Rupanya campur skali dgn kementerian2 lain. Pastu si zafrul siap ckp dlm keadaan tertentu, rundingan terus dibenarkan. So apa masalahnya??
Dlm byk2 syarikat yg dpt projek, Mna syarikat cina dap?

Anonymous said...

Ekonomi tabung haji dah lama rosak sejak zaman bn la mangkuk. Ko baru kuar gua ke?

Unknown said...

Macai dap abadan murakkab
.hari2 ratib gona end baik..bodoh aka bangang pnya macai panDap

Anonymous said...

Anjing pasno dgn modal maki

Anonymous said...

Duit ke kementerian dari eng guan. Dia tuding jari jer. 20 persen jangan lupa. Apa2 pun bmf penting jika tidak bertan lemak babi import dlm logo halal dap.

Anonymous said...

Yb zafrul ada buat kerja maksiat macam eng guan buat ker? Elok jangan. MN buka era baru yg bersih dan telus. Jangan nanti 22 bulan dicaci maki oleh rakyat seperti yg berlaku pada pakatan hancing.

Anonymous said...

Cucu Dr Mahathir dan anak kepada Mukhriz telah ditahan oleh pihak polis dalam satu serbuan ke atas sebuah premis hiburan di ibukota.

Beliau telah dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sekitar jam 1.20 pagi untuk tindakan lanjut.

Memetik kenyataan sumber, "Ya, beliau telah ditahan pagi Sabtu lalu, kerana melanggar perintah PKP dan ketika ditahan beliau dalam keadaan mabuk."

"Seramai 30 pelanggan telah dibawa ke balai untuk pelbagai kesalahan PKPP dan siasatan dibuat di bawah Peraturan 11, Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit."

Anonymous said...

Macam ini nak pimpin malaysia. Cucu keluarga sendiri pun tak dapat pimpin, nak pimpin berjuta rakyat. Bersahabat dengan eng guan si kaki mabok, dapatlah sahamnya untuk keluarga sendiri. Cakap macam wali Allah, rupanya wali setan.

Anonymous said...

Anak najib kepit aktres cina taiwan masa najib kena dakwa tak nak cerita ker?..

Anonymous said...

Lembu pasno sibuk terpekik terlolong citer psl anak cucu org. Anak cucu sendiri xnak jaga.

Anonymous said...

So, mana janji pas nak tutup kilang arak, kedai judi, rumah urut dan kelab malam?

Anonymous said...

Mabok ker. Ada syarikat arak kat filipina. Siap ada harta mabok dengan menafaat pada anak cucu.

Anonymous said...

Mujur takiri tak mabok. Steadi ahli pas yg tidak mabok. Jaga syariat. Jangan jadi macam atok.

Anonymous said...

Eok tok duduk rumah jaga cucu, jangan sebuk nak rosakkan cucu orang.

Anonymous said...

Ko komen tgh mabuk ke? Bahasa lintang pukang

Anonymous said...

Menteri Kewangan Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mendedahkan siaran Piala Dunia FIFA 2018 yang menelan belanja sebanyak RM30 juta yang kononnya telah ditaja oleh syarikat swasta adalah satu pembohongan Pakatan Harapan (PH).

Melalui senarai 101 projek rundingan terus yang dikongsikan oleh Tengku Zafrul itu, siaran piala dunia tersebut merupakan salah satu projek rundingan terus yang telah diberikan kepada syarikat Sports Media & Distributor Sdn Bhd.

Sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Kumunikasi Dan Multimedia di bawah menterinya ketika itu Gobind Singh Deo A/L Karpal Singh.

INILAH RAKAN RAKAN PKR DAN PAN. RAKAN BAIK ATOK, SABU DAN ANUAR KAKI BONCENG.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails