Friday, August 07, 2020

Guan Eng didakwa minta suapan 10 peratus

LIM Guan Eng ketika hadir di mahkamah, pagi ini. FOTO NSTP

BEKAS Menteri Kewangan Lim Guan Eng, hari ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Guan Eng, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Lim, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di Kuala Lumpur, pada Mac 2011.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

BERNAMA


Lihat Sebelum ini..

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok.....

E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

2 comments:

Anonymous said...

Fuuuhhh..kena buktikan plk gone eng mintak suapan 10%. Kalo dibuktikan dia mintak 20%, dah gugur kes. X sama dgn pertuduhan

Anonymous said...

GILER SUNGGUH PENANGAN SUMPAH LAKNAT
BARU SEMINGGU LAFAZ TOKONG KENA HAMBAT
MINGGU NI GAK SABAH TAK JADI PRN HANATT..!!
LEPAS NI RCI FOREX ATOK PULA MENDAPAT


KIKIKIKIKI...


JANGAN MEMAIN DNG SUMPAH LAKNAT
ORANG DIZALIMI SUMPAH TIADA HIJAB
BARU SEMINGGU MEMACAM BALA PH DAPAT
TEPOKK POP CORN SUPE RING KITA HADAP


KIKIKI.. APA LAGI BALA NAK SMPI YERR..

ORANG NAK MAKAN SUPER RING DEPA PUN NAK IKUT
TAK SEMENA SAJA LEPAS LAFAZ SUMPAH KES SANGKUT
BAHANA SUMPAH FITNAH DEPA BUAT PERANGAI BADUT
PADAN MUKO WALAUN UNTA INI KALI KES SUMA KASI KAUT

2 JOTA WANG IKAT JAMIN TOKONG KENA
ANAK BINI APAK MEROYAN MACAM SETAN
LEPAS NI RCI FOREX KASI KEDEPAN YER
KIKI SUMPAH LAKNAT MAKIN MENGILA MENCIPAN


ATOK GET READY RCI FOREX BUKAK DAN SAMBUNG BALIK...


kikikikiki..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails