Friday, August 07, 2020

Guan Eng didakwa di Mahkamah KL esok

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, di sini jam 9 pagi esok.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SRPM.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada jam 9 pagi, 10 Ogos ini kerana kesalahan mengikut Sekyen 23 Akta SPRM.

Setiausaha Agung DAP itu juga kemudiannya akan didakwa di mahkamah yang sama pada jam 9 pagi keesokan harinya (11 Ogos) kerana kesalahan mengikut Seksyen 23 akta sama.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM mendapat izin mendakwa Guan Eng daripada Peguam Negara,

Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu adalah bersangkutan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Seksyen 16 (a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada hujung bulan lalu, Guan Eng sudah tiga kali dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM6.3 bilion.

Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017. (BH)

Hibur Hibur Sikit


Lihat:

3 comments:

Anonymous said...

Yeahh...sokong..benar tetap benar..salah tetap salah.
ALLAH maha melihat dan mendengar

Anonymous said...

Sekarang atuk kerala dan mr tomato telah hilang kuasa untuk melepaskan kepala bapak kafir harbi dari siasatan pan pendakwaan.

Ini juga bererti pihak berkuasa bebas untuk menyiasat dan mendakwa kepala bapak kafir harbi tanpa sebarang gangguan.

Bukankah kepala bapak kafir harbi ini telah dikaitkan dengan aktiviti melingkupkan ekonomi negara, menjual aset negara, menambah hutang kerajaan dan menjarah wang dan aset tabung umat Islam, skandal banglo dll ?

Kita juga mahu tahu ke mana perginya wang pinjaman berpuluh billion ringgit yang telah dibuat oleh kepala bapak kafir harbi tersebut.

Anonymous said...

Pembetulan:

Sekarang atuk kerala dan mr tomato telah hilang kuasa untuk melepaskan kepala bapak kafir harbi dari siasatan dan pendakwaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails