Thursday, August 27, 2020

Didenda RM3,000 Guan Eng Punya Pasal! Ugut..

 Didenda RM12,000 ugut sebar video lucah | Harian Metro

Didenda RM3,000 buat hantaran berbaur ugutan terhadap Guan Eng

KUALA LUMPUR: Akibat membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbaur ugutan melalui Facebook terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung penjualan aset Lembaga Tabung Haji (TH), seorang kontraktor didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Zigan Mohd Tori, 47, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut melalui Facebook 'Zihan Tori' pada 8.06 pagi, 18 Februari lalu.

Pautan itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 28, Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada 2.30 petang, hari sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Nor Zigan yang diwakili peguam Sharil Azwan Nizan merayu hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

"Pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah dan ini adalah kesalahan pertamanya. Tertuduh hanya bekerja sendiri, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan periuk nasinya terjejas. Selain itu, pautan yang dilakukan OKS tiada kaitan dengan agama dan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abd Hadi memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan ke atas OKS supaya dapat memberikan pengajaran kepadanya dan masyarakat.

"Adalah tidak wajar tindakan OKS yang melepaskan rasa tidak puas hati di media sosial kerana tindakannya itu boleh mengancam keharmonian rakyat Malaysia," katanya.

OKS membayar denda itu. - BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

6 comments:

Anonymous said...

Tak mengaku salah pon kalo dah ada bukti jelas dlm media sosial akan kena jugak...

Padan muka berani buat jahat ...negara ni ada undang2...

Dia hanye dengar cakap orang...dia tak tahu ape sebenarnye berlaku dlm tabong haji.

Aset 70 bilion tapi liability 74 bilion... Dari mana wang TH bayar dividen?...

TH beli tanah 1 mdb 188 juta di Trx blm tumbuh balak...

Anonymous said...

Agak2 najib akan bersumpah dia tak tahu kontrak bagi terus 6,3 bilion?

Unknown said...

Sàpr ugut???..umno pas baersatu...bodek pn
Nak cari glamour

Pejuang mandat rakyat

Anonymous said...

Ya negara ini mempunyai undang-undang tetapi puak RBA seperti kamu berani buat jahat sebar pelbagai fitnah terhadap parti Islam dan parti Melayu dan ulama Islam.

Tak mengaku salah pon kalo dah ada bukti jelas dlm media sosial akan kena jugak...

Anonymous said...

Aku nak bgtau guan eng suruh saman ibnu hasyim plk psl sebar fitnah. Dah tua pun bodoh!

Anonymous said...

RBA 9:34 ternakan roket menyalak histeria mungkin kerana kekurangan dedak cap roket sejak gonna end didakwa di mahkamah.

Ha ha ha ha 355x

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails