Tuesday, August 04, 2020

1MDB: SPRM cuba sekat firma guaman serah RM1.44 bilion



LONDON: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan tuntutan mahkamah di United Kingdom (UK) bagi menghalang sebuah firma guaman di sini melepaskan wang berjumlah AS$40 juta (RM1.44 bilion) dikaitkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Akhbar The Guardian melaporkan, penyiasat British yang terbabit dalam kes rasuah 1MDB mendakwa wang berkenaan berada dalam simpanan firma guaman itu bagi pihak ahli perniagaan, Arab Saudi, Tarek Obaid.


Tarek didakwa turut terbabit dalam skandal 1MDB tetapi dia menafikan semua tuduhan terhadapnya selama ini.
Obaid sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram dan terbabit dalam konspirasi jenayah bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung kes 1MDB
Bulan lalu, SPRM memperoleh perintah interim daripada Mahkamah Tinggi bagi melarang sebarang pergerakan wang RM1.44 bilion itu, yang disimpan firma guaman Clyde & Co LLP (Clyde) di UK, bagi pihak ketiga.
Menurut SPRM, firma guaman terbabit baru-baru ini memohon kebenaran Agensi Jenayah Kebangsaan UK untuk menyerahkan sebahagian wang berkenaan kepada Tarek.
Difahamkan, permohonan itu difailkan bagi membolehkan bayaran dibuat kepada Obaid atau syarikat minyak miliknya.
Minggu lalu, SPRM dan penyiasat di UK yang memfailkan tuntutan mahkamah itu secara bersama, berkata adalah amat penting supaya dana berkenaan dibekukan.
Menurut laporan The Guardian, firma guaman itu enggan menjawab apabila ditanya sama ada wang berkenaan sudah dikeluarkan atau tidak. - AGENSI

Hibur Hibur Sikit


Lihat sebelum ini..

DURI Landak terbang sampai kena orang - Rizal Anuar Ansal Ternak

Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

3 comments:

Anonymous said...

Najib dianiaya..ni suma fitnah Ph yg ditaja oleh Dap dan yahudi..kah355

Anonymous said...

Seperti biasa RBA berbohong konon gonna end makhluk 'suci' konon walaupun gonna end terlibat dalam pelbagai skandal yang merugikan rakyat dan negara.

RBA cuba menegakkan benang basah konon gonna end dianiaya.ni suma fitnah yg ditaja oleh makhluk planet marikh ..kah kah kah 1000x .

Anonymous said...

Setuju. Ditaja oleh dap dan eng guan team rba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails