Tuesday, May 12, 2020

Kedah Merudum.. 2 ADUN PH Keluar Parti..

Dua ADUN Kedah dari PKR keluar parti, sokong kerajaan PN Azman (kiri) dan Robert berkata kedua-dua mereka kini menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Persekutuan serta penubuhan kerajaan PN di peringkat negeri Kedah. - Astro AWANI
Dua ADUN Kedah dari PKR keluar parti, sokong kerajaan PN

ALOR SETAR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengisytiharkan keluar parti hari ini dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka ialah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee - kedua-duanya dari PKR.

Pada masa sama, mereka turut menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Pada sidang media di sini hari ini, kedua-dua mereka menegaskan keputusan terbabit diambil susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut mereka, Anwar dilihat mempunyai kepentingan peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Azman berkata, kedua-dua mereka kini menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Persekutuan serta penubuhan kerajaan PN di peringkat negeri Kedah.


BACA: Kerajaan PH, Bersatu Kedah masih kekal, pertukaran kerajaan hanya spekulasi
BACA: Pentadbiran Negeri Kedah bakal bertukar?

Menurutnya, satu pengumuman khas akan dibuat petang ini bagi memaklumkan mengenai satu kerjasama politik baharu di negeri Kedah, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu di negeri itu.

Sementara itu, Robert menyatakan, beliau akan turut melepaskan semua jawatan dalam parti yang disandang ketika ini, termasuk sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani. (AA)

15 comments:

Anonymous said...

DUA KALI SI BOBOI KECUNDANG
ATOK MEROYAN MAKIN MENCIPAN
AKHIRNYA NEGRI KEDAH TERBONGKANG
HAAH TEPOK POP KRON TAMBAH LAGI BANGG..!!


KIKIKIKI..


ATOK BOBOI KRDAH KECUNDANG KINI
SUMA RAKYAY PUN SYUKUR TADAH
BUANG JER LEGASI TAK GUNA NI
ATOK PASTI MENGAMOK TAK HARAMHADAH

FORMULATURUNHARGA = BMF + JUARA ASNAF + TEPOKK

Anonymous said...

Baguslah. Jangan sokong lewat atau liwat. Bak kata tghh, kerajaan ph rajin menebuk atap. Bocor, rakyat tak selesa. Utamakan kesejahteraan bukan rebut kerusi pm. YDA dah betul keputusannya, tanya satu satu ahli parlimen. Ambil masa dua hari perjumpaan dan buat keputusan.

Madey salah percaturan. Anuar dan sekutunya dap pun salah percaturan. Sekarang tinggal kaldai2 yg jadi penyokong kuat presiden pkr dan dap.

cik minah said...

Horey ranap PH Kedah!!!!!!

Unknown said...


Sambutan hari Bomba..Kalau tahun lepas, masa hari Bomba..bersepah gambar Arwah Adib.. Pejuang2 Arwah Adib..tahun ni senyap sunyi.. sampaikan bapa Adib Mohd Kassim berseorangan terpaksa mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC)..

Sebab apa senyap ? sebab sentimen kaum dan agama.. dah tadkda keperluan bagi kelompok ashabiyah hari ini....sama dengan sentimen dan isu arak..Hudud..RUU 355..Dong Zong..Sekolah Vernakular...LTTE...semua ni cuma jadi alat kelompok Ashabiyah untuk bangkitkan sentimen perkauman agama dan kaum.. matlamat depa, mahu bangkitkan Kemarahan orang melayu membenci Kerajaan PH..

Jadi sekarang ni, Peguam Negara dikalangan bani Melayu..Pergi lah cari siapa pembunuh Adib.. dah jumpa ? pergilah buat pendakwaan..apapun..berdasarkan keterangan pakar perubatan dan Polis dalam Inkues..aku tetap menganggap kematian Adib akibat kemalangan, Bukan dibunuh.. biarpun Koroner berpandangan sebaliknya..

Ya kalau kita ambil keterangan Koroner kematian Adib sebab dibunuh..Jadi carilah Pembunuh tersebut..dakwa mereka..aku dalam kes Adib ini juga berbeza dengan sahabat PH yg lain..Sebab aku cenderung untuk percaya setelah mendengar seluruh kenyataan pakar perubatan..Adib mati sebab pelanggaran..soal sapa yg langgar..wallahua'lam..

Tapi aku lebih berminat nak tahu bukan pembunuh adib..Aku sampai hari ini nak tahu..Syarikat hartanah mana yang didakwa.. Peguam mana yang dikatakan mengupah penyerang..Kongsi gelap mana..Kelompok mana penyerang Kuil pada malam sebelum kejadian.. itupun sampai hari ini, Misteri masih belum terjawab...

Semoga selepas ini Allah membuka satu lagi misteri dan kebenaran sebagaimana sentimen2 kaum yg dimainkan kelompok Ashabiyah sebelum ini.. :)

cikminah said...

Siapa pulak yg GILA KUASA ni...??????????????????????

Anonymous said...

Kalo Adib boleh hidup semula adib akan lempang puak umno yg bermuka2.

Anonymous said...

Elok langau2 dlm PKR kluar parti segera...penyokong azmin patut dibersihkan dari PKR...

Sekarang PKR sudah aman...

Pru15 boleh ambik balik..

Anonymous said...

Sembang lah dulu seblm hari usul undi tak percaya....

Kikikikik..

Anonymous said...

PH akan failkan saman pemula pada speaker baru Melaka
Diterbitkan sejam lepas
Dikemaskini sejam lepas

PH akan memfailkan saman pemula untuk mencabar kesahan kedudukan pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Mereka juga akan mencabar kedudukan anggota Dun (Adun) Rim Ghazale Mohamad sebagai timbalan speaker yang baru.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan akhbar Pengerusi PH Melaka Adly Zahari yang juga bekas menteri besar.


Keputusan itu, katanya lagi, dibuat setelah membuat perbincangan dengan peguam.

“Ini telah menunjukkan pengerusi Umno Melaka sebagai seorang yang kemaruk kuasa hingga membelakangkan institusi DUN Melaka.

“Pakatan Harapan sekali lagi menyatakan kekesalan terhadap kacau bilau yang telah ditimbulkan pihak kerajaan yang dipimpin oleh Perikatan Nasional sekali gus menunjukkan kepimpinan ketua menteri yang lemah,” katanya

Anonymous said...

Kalau suruh budak sekolah rendah kira bilangan yg sokong undi tidak percaya, pastinya jawapan mereka tak cukup 114. Sebab ramai yg lari dari pkr. Tapi kalau tanya kaldai2 ph mereka akan cakap bilangan undi ph melebihi bil undi pn.

Begitulah kuatnya kaldai ph bercakap bohong. Sama macam presiden pkr dan eng guan yg kuat bercakap bohong.

Anonymous said...

Yg tinggal dalam pkr semuanya langau. Suka hinggap kat najis. Langau2 boleh bersahabat dengan yg gemar daging kaki pendek. Boleh taat dengan penggemar daging kaki pendek.

Anonymous said...

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak sah kerana dibentuk tanpa mendapat mandat daripada rakyat, tegas Pengerusi Bersatu, Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin politik itu berkata kini masanya telah tiba agar mandat berkenaan ‘dikembalikan kepada pihak yang sepatutnya’.

STATEMENT DARI DUA AHLI POLITIK YG SALING BEREBUT KERUSI PM.

Anonymous said...

DUA kali nasib yang sama. Puncanya sama.

Pada 3 Februari 2016, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan setelah hilang sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Ia selepas melalui undian sulit di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah dari semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Sepatutnya apabila masuk fasa kedua menjadi menteri besar, Mukhriz menjadi contoh kepada menteri-menteri besar PH lain sebelum ini. Pengalaman mengetuai eksekutif pentadbiran negeri harus menjadikan Mukhriz lebih cemerlang. Sayangnya tidak. Beliau masih terkontang-kanting.

cikminah said...

PAS GILA KUASA....orang sibuk Covid, dia sibuk rampas kuasa

Anonymous said...

ibnu hashim asyik delete komen yg x sebulu....mcm pondan je hahahaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails