Thursday, May 14, 2020

Berita Gembira! Kita Menang, Tahniah Untuk PM 8..


Sejarah tercipta! Kita menang di Laut China Selatan
ALHAMDULILLAH! Terkini khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia: sejarah baru tercipta apabila para perwira kita baru sahaja menyempurnakan misi eksplorasi di Blok ND2, Lala-1 di Laut China Selatan meski pun diasak hebat kapal-kapal China Komunis sejak lebih lima bulan lalu.

Data Marine Traffic menunjukkan bahawa kapal West Capella yang dikontrak Petronas bagi ‘exploratory drilling’ telah menyempurnakan misi mereka di Blok Lala-1, dua bulan selepas menyempurnakan misi sama di Blok ND1, Arapaima-1 pada awal Mac 2020 yang lalu.

Meski pun tidak didendang, kemenangan ini cukup bersejarah dan signifikan dalam tiga konteks: 
pertama, ia membuktikan kejayaan kerjasama erat angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dan juga Petronas dalam mempertahankan kepentingan nasional dan kedaulatan kita di Laut China Selatan.
Kesepaduan antara TLDM, Maritim Malaysia, dan Petronas ini terbukti melalui kerahan aset-aset yang saling melindungi kapal West Capella seperti KD Jebat, KD Kelantan, KM Bagan Datuk, dan juga KA Bunga Mas Lima.
Perlu diingat, TLDM, Maritim Malaysia, dan Petronas terpaksa berhadapan dengan China yang mengirim kapal raksasa sebesar 4,000-tan iaitu Zhaoduan-class 5305, kapal pengawal pantai (CCG) Haijing 5202 dan 5203, kapal pemusnah Type 052B Wuhan (169) untuk menghancurkan usaha kita di kedua-dua Blok Arapaima-1 dan Lala-1 ini.
Kedua, kejayaan ini cukup bersejarah kerana ia membuktikan bahawa kita berjaya memanfaatkan imbangan ancaman (balance of threat) antara dua kuasa besar iaitu China yang menceroboh dan mengganggu usaha eksplorasi kita dengan Amerika Syarikat yang sememangnya ingin mengekalkan kepentingan mereka di Indo-Pasifik.
Kita jelas memanfaatkan imbangan ancaman  (balance of threat) China dengan Amerika Syarikat yang telah mengerahkan angkatan armada mereka iaitu Kapal Penyerang Amfibia (LHA 6), USS America, kapal ‘guided-missile cruiser’ USS Bunker Hill (CG52), ‘guided-missile destroyer’ USS Barry-DDG 52 pada April, diikuti kapal Littoral Combat Ship USS Montgomery (LCS 8) dan kapal ‘dry cargo’ USNS Cesar Chavez (T-AKE 14) kelas Lewis dan Clark pada Mei.
Lebih signifikan lagi, kita berjaya menyempurnakan misi eksplorasi di kedua-dua blok ND1 (Arapaima-1) dan ND2 (Lala-1) ini dalam keadaan kita tidak memusnahkan kepentingan ekonomi dan diplomatik kita dengan kedua-dua Amerika dan China.
Wajib untuk disedari bahawa dalam keadaan ekonomi kita secara signifikan bergantung pada eksport dan pelaburan ke kedua-dua China dan Amerika (sekitar RM140 bilion dengan China, hampir RM100 bilion dengan Amerika), serta ketidaktentuan pasca-COVID-19, sempurnanya misi eksplorasi Petronas di Laut China Selatan ini membuktikan bahawa kita telah berjaya mempertahankan kedaulatan wilayah, kepentingan nasional serta prospek geo-ekonomi kita.
Kejayaan hari ini cukup signifikan untuk prospek tiga perkara: dari segi perundangan Antarabangsa, ia memberi impak signifikan dengan menguatkan tuntutan Pentas Benua kita; dari segi eksplorasi di Laut China Selatan pula, ia membuktikan bahawa Petronas benar-benar menyumbang secara positif ke atas geopolitik dan geoekonomi kita, manakala buat angkatan tentera kita pula ia memberikan pengalaman imbangan ancaman (Balance of Threat) dan imbangan kuasa (Balance of Power) antara kuasa besar di Indo-Pasifik.
Sesungguhnya, tarikh hari ini 12 Mei 2020 merupakan tarikh yang cukup bermakna dalam sejarah geopolitik dan geoekonomi kita.
Semoga Allah terus rahmatkan TLDM, Maritim Malaysia, dan Petronas: kalian perwira seluruh rakyat Malaysia!
ABDUL MUEIN ABADI
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda – HARAKAHDAILY 13/5/2020

5 comments:

Anonymous said...

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Alhamdulillah. Kemenangan kita bersama dlm MN. Selepas ni pasti pemimpin terulung kita akan dilepaskan juga trmasuk datin dan zahid. Insyaallah. Lebih baik org islam yg kaya dgn duit penggubahan daripada puak kapir!

Anonymous said...

Wah hebat malaysia...kapal besar cina tenggelam....yg lain2 sudah cabut lari

Anonymous said...

Penyamun sudah bebas..

Anonymous said...

Sudah dijangka...kerana melayu samun halal..

Per hal dgn pembelaan adib?...dah senyap semuanye..

Anonymous said...

Satu persetujuan telah dicapai antara pihak pendakwaan dengan tertuduh di bawah terma-terma bahawa Kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang membabitkan beberapa juta ringgit.

“Jumlah wang itu merujuk secara langsung kepada perkara utama dalam pertuduhan yang dikenakan dalam kes ini. Tertuduh sepanjang proses ini telah menerima representasi perundangan yang mencukupi dan kompeten.

“Hasil daripada persetujuan yang dicapai, dengan itu pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh tidak akan diteruskan buat masa ini sementara menunggu persetujuan itu dilaksanakan sepenuhnya.

“Pihak pendakwaan dengan persetujuan tertuduh kini dengan hormatnya memohon Mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh,’ katanya.

Sri Ram berkata sekiranya berpuas hari dengan pelaksanaan persetujuan itu, langkah sewajarnya akan diambil untuk memastikan tertuduh dibebaskan sepenuhnya.

“Sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan itu, pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan itu dan mendakwa tertuduh mengikut undang-undang,” katanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails