Wednesday, November 27, 2019

Mngapa Tol Gombak Perlu Segera Dihapuskan?



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman mencadangkan pihak kerajaan supaya menghapuskan segera Plaza Tol Gombak di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku pada musim perayaan dan hujung minggu.
Menurutnya, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak telah di buka pada tahun 1977 merupakan antara lebuh raya bertol terawal di Malaysia yang kini berusia hampir 50 tahun.
Oleh itu saya mencadangkan Tol Gombak dihapuskan segera selaras dengan Menifesto PH. Selain itu tol ini sudah hampir 50 tahun usianya. Saya yakin, syarikat konsesi sudah mendapat keuntungan yang berlipat ganda.
“Di masa yang sama tol ini tidak lagi releven kerana ia bukan mengurangkan kesesakan malah ia merupakan punca kepada kesesakan.
“Seperti yang kita fahami, antara tujuan pembinaan lebuh raya ialah untuk mempercepatkan perjalanan, tapi jika tol menjadi punca kesesakan ia perlu di hapuskan segera,” katanya pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Perbekalan 2020 Kementerian Kerja Raya, di sidang Dewan Rakyat malam tadi.
 Abdul Latiff Abdul Rahma Jelasnya, lebuh raya tersebut merupakan pintu masuk utama pengguna daripada tiga buah negeri Pantai Timur (Kelantan,Terengganu dan Pahang).
Justeru, beliau menegaskan bahawa tidak mahu mendengar alasan daripada pihak kementerian bahawa kajian akan dijalankan atau sedang buat kajian.
“Saya tidak mahu mendengar jawapan YB Menteri bahawa kementerian akan buat kajian atau sedang buat kajian. Sampai bila nak buat kajian YB Menteri? Kerana setiap kali isu ini dibangkitkan, maka jawapan yang sama akan disebut. Sehingga bila dateline kajian ini YB?” ujarnya.
Berikutan itu, beliau meminta supaya kementerian dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan segera. Bagaimanapun, jawapan daripada Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan tol tersebut berikutan kos konsesi yang sangat tinggi.
Namun, katanya bagi mengurangkan kesesakan pihak konsesi telah membuka 12 lorong selain lorong tambahan akan dibuka sekiranya memerlukan. – HARAKAHDAILY 26/11/2019

1 comment:

Anonymous said...

Wahai Penduduk Kampung Semburit semua..!

Bersama beberapa perkembangan sebelum ini serta apa yang berlaku semalam di mana di dua Adun PKR yang pro Azmin bertindak memboikot Sidang Dun Melaka sehingga usul kerajaan negeri untuk melantik Pengerusi PKR negeri itu, Abdul Halim Bachik sebagai Senator ditolak dengan undi 13-12, Anwar kini sebenarnya tidak boleh berlembut atau berdiam diri lagi terhadap mereka yang menentangnya dan cuba menghancurkan PKR

Bagi mesyuarat sayap Wanita PKR yang memang menjemput Azmin sebagai perasminya, kumpulan pro Azmin dikhabarkan akan memakai pakaian yang berbeza untuk menunjukkan perbezaan dengan mereka yang pro Anwar.

Geng Azmin juga diperkhabarkan akan turut melakukan pemboikotan dalam Kongres Keadilan Nasional yang akan diadakan di Melaka pada 6 hingga 8 Disember depan.

Hanya mereka yang pro Azmin dibisik-bisikkan tentang perbezaan pakaian yang perlu dipakai itu, manakala yang memakai uniform yang biasa dipakai selama ini akan dianggap sebagai pro Anwar.

ARI ARI CITER GADUH SANA GADUH SINI
TARIKH PERALIHAN KUASA BAKAL PM- 8
RAKYAT DAH FED UP NAIK BOSAN SKG INI
USUL KAN PULA UNDI ATOK ABIS PENGGAL DI PARLIMEN

Ari ari citer bila mau tukar PM laa citer tarikh peralihan kuasa laa ,,, ari ari citer mau undi tak caya laa..bla.. bla..bla..!!

rakyat sudah fed up..!! dan bosannn..!!!

Apa kata Ahli Parlimen mana mana puak usul pada speaker buat undian sapa mau atok kekal abis penggal pulak... asyik undi tak caye bila mau selesai daaaa..!!

Amacam semua...!!??

Ok tak cadangan ni...!!!

mohon blogger main kan usul ni .. amacam 0ok tak...!!

FormulaHilangStress = BMF + PopCorn Tambah + Tepuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails