Tuesday, November 26, 2019

Mayat Mati Mengejut Ditinggalkan Di Masjid? Perodua Alza Putih..



MAYAT wanita warga emas ditemui di perkarangan masjid di Taman Hulu Kelang, Ampang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada jururawat, 6.23 pagi tadi.
“Hasil siasatan mendapati mangsa dianggarkan berusia lingkungan 60-an dan disyaki bukan warga tempatan.
“Mangsa ditemui lengkap berpakaian dengan memakai kemeja T berwarna hitam serta kain batik dan dalam keadaan baring,” katanya dalam kenyataan, di Ampang, hari ini.
Noor Azmi berkata, tiada kecederaan ditemui pada mangsa dan tiada sebarang dokumen bersamanya.
“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kenderaan putih disyaki jenis Perodua Alza masuk ke kawasan masjid pada 4.24 pagi tadi dan keluar selang tiga minit kemudian.
“Kenderaan itu disyaki digunakan bagi menghantar mayat berkenaan ke kawasan masjid terbabit,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Hulu Klang di talian 03 42573322,” katanya. (MyMetro)

2 comments:

JohnRMay said...

Berbanding dengan Aruz, ketinggian menaiki rendah Perodua Alza 2020 menjadikannya lebih mudah untuk kanak-kanak dan orang tua untuk mendapatkan masuk dan keluar.

Carlos Harris said...

Saya hanya ingin tahu mengenai myvi 2020

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails