Thursday, August 29, 2019

Royalti K'tan Tersangkut Di LGE. K/ Kewangan Lebih Berkuasa Dari PM?


Royalti: Tersangkut di Kementerian Kewangan
KOTA BHARU: "Tersangkut di Kementerian Kewangan, sedangkan Perdana Menteri kata akan bayar royalti.
“Malah dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara pun sudah disahkan perkara itu. Jadi apa lagi masalahnya sekarang,” kata Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah selepas mesyuarat Exco hari ini.
Katanya, berdasarkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini, mereka memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan membayar royalti.
Bagaimanapun, kata beliau isu tersebut sekarang terletak kepada Kementerian Kewangan memandangkan mereka yang akan menyalurkan bayaran.
Pada 23 Oktober lepas, Kerajaan Kelantan mengumumkan menarik balik saman terhadap Petronas yang difailkan sejak 2010 berikutan kegagalan membayar royalti petroleum terhadap Kelantan.
Malah 2 November lepas, Azmin memberitahu kerajaan pusat tidak dapat membayar royalti kepada Kelantan kerana disaman kerajaaan negeri.
Saman kerajaan Kelantan terhadap kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti minyak selesai sepenuhnya pada 28 Jun lepas.
Kerajaan negeri melalui peguamnya Aleeya Elyana Ahmad Mahreez menarik balik saman tersebut di Mahkamah Tinggi.
Hakim Dato’ Ahmad Bache membatalkan saman berkenaan tanpa sebarang perintah kos termasuk tiada kebebasan untuk memfailkan semula tindakan saman. – HARAKAHDAILY 28/8/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya royalti minyak Kelantan tersangkut di Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan lebih berkuasa dari PM?  Tambah jelas, siapa tunggang siapa?

Sila bayar royalti tangani kemiskinan.

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin sepatutnya membantu mempercepatkan bayaran royalti petroleum kepada Kelantan.
Melalui usaha itu pastinya keadaan rakyat Kelantan akan berubah 100 peratus dan isu kemiskinan tegar dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Presiden Pertubuhan R Kelantan Nazri Deraman berkata, sekiranya kesemua jumlah tuntutan royalti yang tertunggak berjumlah RM14 billion dibayar sudah tentu isu kemiskinan mampu ditangani secara berkesan.
Katanya setelah negara merdeka hampir 62 tahun, sepatutnya diskriminasi politik dihapuskan 100 peratus di negara ini.
“Segala hak rakyak diberikan secara adil kepada setiap negeri kerana rakyat membayar cukai yang sama kepada kerajaan.
“Kami yakin banyak usaha diambil kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk merealisasikan hasrat rakyat Kelantan sejak 44 tahun lalu setelah perjanjian royalti ditandatangani 9 Mei 1975,” katanya di sini.
Lebih-lebih lagi sekarang kata beliau rakyat di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.
Kelmarin Dr Mohd Radzi mendakwa Kelantan antara negeri termiskin dan ramai rakyatnya bergantung kepada bantuan kerajaan.
Menurutnya kadar kemiskinan Kelantan pada kadar 0.4 peratus menyamai purata nasional, sekaligus meletakkannya sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu). - HARAKAHDAILY 28/8/2019

Lihat gambar ini..

2 comments:

Anonymous said...

Siapa yang lebih berkuasa?

Quiz 1 : Siapa lebih berkuasa , perdana menteri atau menteri ?

Jawapan: Perdana menteri.

Quiz 2: Siapa lebih berkuasa, menteri atau timbalan menteri?

Jawapan: Menteri

Fenomena luar biasa di Malaysia ialah menteri kewangan DAP lebih berkuasa dari perdana menteri.

Maka kita tidak merasa hairan melihat timbalan menteri DAP lebih berkuasa dari menteri Melayu PH.

Bukankan ini membuktikan KERAjaan PH dikuasai oleh parti rasis kafir harbi DAP?

Apakah bukti menteri kewangan DAP lebih berkuasa dari perdana menteri?

Maka apakah peranan perdana menteri dalam KERAjaan PH?

Bukti:

Tersangkut di Kementerian Kewangan, sedangkan Perdana Menteri kata akan bayar royalti.

94% rakyat Kelantan terdiri dari kaum Melayu dan Kelantan diperintah oleh parti Islam PAS maka hak royalti minyak Kelantan dinafikan oleh KERAjaan PH.

Jika royalti minyak itu kepunyaan Pulau Pinang, kita percaya kelulusan royalti minyak tersebuf berkuatkuasa serta merta oleh menteri kewangan DAP.

Alta Finance LLC said...

EASY LOAN PROGRAM
During these uncertain economic times, many people are finding themselves faced with a situation where they could use some financial assistance. Whether it be for an emergency, home improvement, consolidating debt or even a family vacation – a low interest personal loan is a safe and reliable way to meet your financial needs. At Alta Finance LLC, we specialize in Reliable and efficient Loan funding program.
Contact us today using our company email: altafinancellcfunding@gmail.com or via text +1 702 805-0119

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails