Monday, July 22, 2019

Rogol Pelajar Meningkat. Bukti Dasar Pelajaran Terus Gagal..

Imej yang berkaitan
PENINGKATAN kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur dan pelajar sekolah di Kedah adalah disebabkan pergaulan bebas dengan rakan selain mengenali pasangan melalui laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kebanyakan kes rogol yang dikesan adalah disebabkan remaja perempuan mudah terikut dan terpengaruh dengan pujuk lelaki yang kemudiannya terjebak dengan seks suka sama.
Beliau berkata, bagaimanapun setakat ini jarang ditemui kes rogol yang sebenar iaitu tanpa rela atau dipaksa namun disebabkan kebanyakan mangsa di bawah umur, rela atau tidak ia dikategorikan sebagai kes rogol.“Sepanjang tahun ini, dari awal Januari hingga bulan ini, kita menahan sembilan pelajar sekolah disyaki terbabit dengan kes rogol berbanding tahun lalu hanya tiga orang manakala tahun sebelumnya iaitu 2017, seramai lapan orang.
“Ini menunjukkan peningkatan berlaku dan jika tidak dibendung, mungkin jumlah ini akan meningkat,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Alor Setar.
Zainuddin berkata, bukanlah tugas polis semata-mata untuk membendung kes ini dari terus berlaku, tetapi peranan ibu bapa serta tunjuk ajar dari guru di sekolah mungkin dapat “menyelamatkan” lebih ramai pelajar sama ada mangsa atau si pelaku dari terjebak dengan kes rogol.
Beliau berkata, melalui ceramah dan kempen yang dilakukan oleh pihak sekolah juga dapat membentuk pelajar sekolah dari terjebak dari masalah rogol seperti ini selain nasihat dari ibu bapa di rumah.
“Dengan teknologi serba canggih sekarang ini, remaja boleh mengenali dan berinteraksi dengan pasangan melalui internet dalam bilik, bilik air pun boleh dan di mana-mana saja boleh kenal.
“Kita tak boleh nak sekat mereka (remaja) untuk berkenalan dengan sesiapa cuma sekadar boleh nasihat melalui kempen dan ceramah yang diadakan, itu saja,” katanya.
Dalam pada itu, Zainuddin berkata, sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, polis menahan 62 pelajar di negeri ini yang berusia 17 tahun ke bawah yang terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah.
Katanya, daripada jumlah itu, 37 pelajar adalah dari Kuala Muda, Pendang 10 kes (rogol dan rempit) manakala Kubang Pasu (tujuh kes) berkaitan kes gaduh. (Mymetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dasar pelajaran di Malaysia, memberi ruang kepada kesuburan 'pergaulan bebas' di kalangan pelajar dan remaja.. Maka sebagai bukti, inilah akibatnya.. Antaranya rogol menjadi-jadi. 

Maka kembalilah kepada cara hidup Islam, ke arah melahirkan insan profesional yang bertaqwa.


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

1 comment:

Anonymous said...

Nampaknya tentera kacang merah 2:26pm ternakan DAPig semakin terdesak sehinggakan menfitnah tuan ibnuhasyim.

Semua orang sudah tahu sermburit berlaku dalam Pakatan Hancing kerana sebilangan pemimpinnya terdiri dari puak kunyit @ sotong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails