Wednesday, July 24, 2019

Lantik pemimpin DAP sebagai Pengerusi SEDA mencurigakan

Hasil carian imej untuk Lantik pemimpin DAP sebagai Pengerusi SEDA mencurigakan
KUALA LUMPUR- Institusi pentadbiran awam di negara ini terus dirosakkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan melakukan lagi lantikan politik.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Arid berkata, terbaharu adalah pelantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Wong Kah Woh sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).
Tegasnya, tindakan kerajaan PH itu bukan sahaja memungkiri janji di mana ingin mewujudkan sebuah sistem perkhidmatan awam yang bebas dari mana-mana pengaruh politik untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian awam.
“Pada hari ini, sektor tenaga lestari merupakan fokus utama Malaysia dalam mewujudkan sebuah negara yang mampan.
“SEDA telah menerima peruntukan terbanyak pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM812 juta bagi bajet pembangunan berbanding RM675 juta pada tahun 2018.
“Lantikan politik dalam agensi kerajaan yang menguruskan sumber yang banyak ini menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat kerana dilihat mampu mewujudkan ketirisan dan sebagai langkah untuk kepentingan parti khasnya DAP,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Najmil yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu menambah, agensi yang memainkan peranan penting ini sepatutnya diterajui oleh golongan profesional di mana bebas dari kepentingan politik dan mempunyai pengalaman dalam bidang ini.
Ujar beliau, kerajaan PH bukan sahaja gagal dalam melakukan reformasi pentadbiran awam, malah merosakkan agensi kerajaan dengan lantikan politik hanya semata-mata untuk kepentingan parti.
“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan konsisten sebagai agen semak dan imbang dengan memberikan kritikan yang progresif terhadap tindakan kerajaan PH yang semakin hari semakin membimbangkan ini,” katanya. – MalaysiaGazette
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails