Susulan laporan yang dibuat remaja berkenaan kelmarin, polis segera menahan suspek berusia 48 tahun pada hari sama. 
Difahamkan, lelaki yang bekerja sebagai kontraktor itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama selepas dipanggil polis untuk memberi keterangan. 
Remaja berkenaan dipercayai telah dirogol beberapa kali oleh bapa kandungnya dengan kali terakhir dia diperlakukan demikian adalah pada bulan lalu. 
Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Saad berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak ketiga daripada enam beradik itu yang mendakwa menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia 14 tahun.
“Suspek kemudiannya ditahan dan dia kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 29 Julai untuk siasatan lanjut. 
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram,” katanya. 
Tambah Mohd. Sabri, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan merujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut selepas siasatan lengkap. - K! ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rogol seperti di atas adalah maksiat. Memahami konsep amar makruf dan nahi munkar, dalam pencegahan berstatus penguatkuasaan adalah tertakluk pada kuasa yang dimiliki oleh pihak kerajaan. Jadi kerajaan PH sekarang bertanggung jawab.

Sebagaimana hadis yang dibahaskan oleh para ulamak seperti berikut:

مَن رَأى مِنكُم مُنكَرَاً فَليُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَانِ
"(Maksdunya) Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia cegah dengan tangannya (kuasa), jika dia tidak berkemampuan maka cegahlah dengan lisan, jika tidak juga berkemampuan maka cegahlah dengan hatinya, dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim]

Pihak berautoriti dan memiliki kuasa bertanggung jawab mencegah maksiat yang wujud. Ia sama ada kuasa bersifat khusus seperti seorang bapa ke atas anaknya atau juga kuasa bersifat umum seperti kerajaan ke atas rakyat. Kemungkaran wajib dicegah apabila ianya:
  • Benar-benar berlaku,
  • Sedang dilakukan,
  • Disepakati kemungkarannya,
  • Pencegahan bukan bersifat tajassus (mengintai mencari kesalahan).
Sabda Baginda S.A.W dalam sebuah hadis daripada riwayat Ibnu Abbas R.A:
لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدعوَاهُمْ لادَّعَى رِجَالٌ أَمْوَال قَومٍ وَدِمَاءهُمْ، وَلَكِنِ البَينَةُ عَلَى المُدَّعِي، وَاليَمينُ عَلَى مَن أَنكَر
"(Maksudnya) Sekiranya diberikan (kebenaran) atas manusia semata-mata dakwaan mereka, nescaya akan mendakwa seseorang akan (tuntutan) harta dan darah sesuatu kaum, akan tetapi bukti dikenakan ke atas pendakwa manakala sumpah atas mereka yang menafikan (dakwaan atasnya).” [Riwayat al-Baihaqi]

Jadi, menjadi tanggungjawab kerajaan mengambil langkah pencegahan sepantas mungkin bagi menyekat jalan maksiat yang lebih besar atau Saddu al-Zari'ah.. Firman Allah SWT.
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
"(Maksudnya) Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lisan Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka tidak melarang daripada perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.” [al-Maidah: 78-79]
ingatlah:
الرجوع إلى الحق خير من التمادي في الباطل
“Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.” .
Sekian.

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)