Serbuan bermula pukul 10.30 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, kesemua wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Vietnam dan tiga warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.
“Kita turut menahan seorang lelaki yang dipercayai pengurus premis hiburan yang didapati beroperasi tanpa lesen.
“Selain tangkapan, kita turut memeriksa sebanyak 27 pengunjung termasuk lima wanita yang turut berada di dalam premis ketika serbuan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Rusdi, pihaknya turut merampas pelbagai jenis peralatan premis hiburan termasuk mikrofon dan pembesar suara serta wang tunai berjumlah RM268.
Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Perkara-Perkara Imigresen dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)