Friday, July 26, 2019

Mengapa Mahathir Ziarah Makam Pengkhianat Islam Turki?

Mahathir hari ini memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di ma
Mahathir hari ini memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk di Anitkabir, Ankara. Foto oleh Bernama

ANKARA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Khamis memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk, pengasas yang juga Presiden pertama Turki, di Anitkabir di sini.
Mahathir turut menandatangani Buku Penghormatan sebelum meneruskan acara yang berikutnya.
Perdana Menteri juga akan melawat Industri Angkasalepas Turki (TAI) iaitu pusat teknologi Turki dalam rekabentuk, pembangunan, pemodenan, perkilangan, integrasi dan sokongan kitaran hidup bagi sistem angkasalepas yang bersepadu, daripada  platform udara sayap tetap dan berputar kepada UAV dan satelit.
Pada Khamis, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan Erdogan di Kompleks Presiden di sini dan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.
Mahathir tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari di Turki. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim Siapa Mustafa Kamal Ataturk? Pembela atau pengkhianat agama Islam?
Mustafa Kamal Ataturk

Ringkasnya, menurut H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'
Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam. Mulanya beliau mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan. 
Imej Mustapa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan disengajakan taktik yang dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Di mana akhirnya, selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. 

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya.. 


Memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan. Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap Islam sehingga hari ini. Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. 

Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”. 

Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas berhijrah ke Mesir pernah berkata, memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah yang mengulingkan baginda.

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu menjadikan sebuah gedung. Dalam urusan munakahat, beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. 


Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki. Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin. Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki.

Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadi presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Dosa Attaturk


Antara dosa-dosa oleh Mustapha Kamal Attaturk:-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Negara Islam lemah kerana ikut ajaran Islam salah – Mahathir 25 Julai 2019 9:17 PM



ANKARA - Banyak negara Islam menjadi lemah akibat daripada mengikut ajaran Islam yang salah, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Akibatnya, orang Islam menjadi orang yang paling lemah di dunia sehingga ke hari ini. Ada satu ketika di mana untuk mempertahankan diri pun kita perlukan bantuan orang lain, khususnya orang Eropah. Ini adalah akibat daripada salah mentafsir ajaran Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Pendidikan Tinggi Turki (Turkish Higher Education Council) di sini hari ini.
Beliau berkata, banyak orang menterjemah dan mengajar Islam mengikut cara yang tidak begitu Islamik. 
"Hari ini kita lihat ada banyak orang jahil, tidak ikut ajaran al-Quran sebagai panduan kita. Kita lebih cenderung mengikut ketua kita, alim ulama, walaupun tafsiran mereka mengenai Islam sebenarnya bertentangan dengan al-Quran.
"Kita melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Islam dan kita mendakwa ia untuk kepentingan Islam, tetapi tidak. Kita perlu mengikut prinsip Islam yang diajarkan dalam al-Quran," kata beliau.
Beliau berkata, umat Islam mundur dalam soal dedikasi selama beberapa abad dan jahil dari segi kemajuan sains.
"Sebaliknya orang Eropah mempelajari ilmu-ilmu orang Islam, yang asalnya ditemui para saintis Islam dan mereka mendapat manfaat daripada ilmu-ilmu berkenaan sedangkan orang Islam mengabaikannya kerana menganggapnya tidak penting," kata beliau. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Negara Islam lemah kerana ikut ajaran Islam salah – Mahathir'. Kita setuju, negara umat Islam lemah kerana mengikut ajaran Islam versi barat yang salah seperti Mustapha Kamal Attaturk di atas, dan penyanjung-penyanjungnya yang  kepala otaknya telah dijajah oleh pemikiran barat seperti Mahathir sendiri.
Kerana itukah mengapa Mahathir menziarahi makam pengkhianat Islam Turki itu? Adakah kerana cara berfikir dan kepala otak mereka sama?


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

5 comments:

Anonymous said...

Hanya musuh Islam dan puak munafik yang memberi penghormatan kepada Mustpha Kamal kepala bapak Yahudi Turki yang telah menghapuskan khalifah Islam Turki, menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam Turki.

Maka kita tidak terkejut melihat pemimpin-pemimpin liberal munafik selalu menghina Islam dan umat Islam secara terbuka kerana pemimpin Yahudi Zionis menjadi idola puak liberal munafik.

Anonymous said...

Tentera kacang merah 9:23 AM ternakan DAPig adalah barua Zionis yang sangat dungu, buta dan pekak dengan menyamakan Mustapha Kamal dengan Laut Mata, piramid dll.

Maka kita tidak terkejut jika dia menyamakan kereta dengan buah durian. Inilah akibatnya apabila barua DAPig makan dedak cap roket.

Anonymous said...

matde tak bagi tau terperinci
ajaran islam yang betoi macam mana
asyek cakap salah aja
budak kecik pun pandai cakap macam tu

bini dia nak tutup aurat pun tak bagi
apa hal
tutup aurat ni ajaran salah ka?
tafsir Quran pimpinan Ar Rahman yang matde tandatangan tu
tak boleh pakai jugak ka?

Anonymous said...

Atuk Kerala pernah menghina ajaran Islam seperti Hudud dan Sunnah Rasulullah S.A.W. seperti janggut Rasulullah S.A.W. dll maka kita tidak merasa hairan melihat Atuk Kerala memberi penghormatan kepada kepala bapak Yahudi Zionis yang telah menghina dan menindas agama Islam dan umat Islam di Turki.

Anonymous said...

Ini lawatan rasmi...jadual telah ditetapkan oleh turki...madey kena ikut saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails