Friday, February 24, 2017

Turki Akan Hapuskan Larangan Tentera Wanita Pakai Tudung.



AGENSI - ANGGOTA tentera wanita Turki akan dibenarkan memakai tudung sama seperti anggota polis wanita yang diberi kebenaran sama sebelum ini.


ISTANBUL – Turki akan menghapuskan larangan bersejarah yang mengharamkan pegawai wanita memakai tudung dalam pasukan tentera, lapor media tempatan kelmarin.
Pasukan tentera merupakan ins­titusi terakhir Turki yang melarang wanita memakai tudung, selepas pembaharuan oleh kerajaan berlandaskan Islam di bawah pentadbiran Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Larangan bertudung sebelum ini telah dihapuskan dalam sektor pendidikan, politik dan polis.
Agensi berita Anadolu melaporkan, arahan oleh Kementerian Pertahanan itu melibatkan pegawai tentera wanita yang bekerja di bahagian am, ibu pejabat dan cawangan.
Mereka boleh memakai tudung di bawah topi atau beret yang sama warna dengan pakaian seragam tetapi tidak menutup wajah.
Pembaharuan itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja disiarkan dalam warta rasmi negara. Kebenaran itu turut melibatkan kadet wanita tetapi tidak dapat dipastikan sama ada peraturan baharu tersebut turut diguna pakai dalam pasukan misi pertempuran.
Kerajaan berteraskan Islam di bawah Parti Keadilan Dan Pembangunan (AKP) yang diasaskan oleh Erdogan telah lama ditekan untuk menghapuskan larangan memakai tudung terhadap golo­ngan wanita.
Bercakap kepada pemberita di Ankara, Perdana Menteri Binali Yildirim memberitahu bahawa beliau percaya penghapusan larangan tersebut adalah sesuatu yang sa­ngat postif, lapor akhbar Yeni Safak. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutunya sudah lama dihapuskan saki-baki peninggalan penjajahan pemimpin perosak agama Islam di Turki Mustapha Kamal Atartuk.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails