Friday, February 24, 2017

Misteri Bahan Haram Kes Jong-nam Masuk M'sia..


Kes Jong-nam: Misteri Bahan Haram Masuk Malaysia

SEPANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menyiasat bagaimana bahan kimia jenis ‘Agen Saraf VX’ yang diharamkan, berjaya dibawa masuk ke Malaysia.

Bahan kimia berbahaya yang dikategorikan sebagai senjata kimia itu disahkan pihak Jabatan Kimia Malaysia digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
“Bahan kimia ini adalah bahan kimia diharamkan kerana ia senjata kimia. Kita akan siasat bagaimana ia masuk (bolos ke dalam negara) tetapi kalau yang masuk dalam jumlah yang sedikit agak sukar untuk siasat,” katanya.
Khalid menyatakan demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Ia mencetuskan spekulasi kemungkinan bahan larangan itu mampu dibawa masuk ejen perisikan asing.
Ditanya sama ada bahan kimia tersebut dihasilkan dalam negara atau diseludup masuk dari luar negara, beliau menjelaskan bahawa perkara berkenaan masih tidak dapat dipastikan lagi buat masa ini.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman pada pagi Jumaat, analisis oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahan yang ditemui ialah jenis ‘Agen Saraf VX’ atau VX Nerve Agent.
Ia malah dikategorikan sebagai senjata kimia dalam Jadual 1, Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia 1997 anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Mesir, Korea Utara dan Sudan Selatan tidak menandatangani konvensyen antarabangsa itu yang disahkan 192 buah negara manakala Israel belum mengesahkan perjanjian tersebut meskipun menandatanganinya.
Dalam pada itu, Khalid menafikan dakwaan bahawa waris Kim Jong Nam konon berada dalam negara dan pihak berkuasa bahkan masih menunggu waris terdekat untuk proses siasatan bedah siasat.
“Kami tidak akan menghantar pasukan ke Macau, China. Kami hanya akan menunggu waris mangsa untuk mengecam mayat dan mengambil DNA waris untuk pengesahan,” katanya.
Ditanya sama ada pembunuhan berprofil tinggi itu memang bermotif politik, ujar beliau masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berkenaan. – Agensi.
Kes Jong-nam: Misteri Bahan Haram Masuk Malaysia

Bahan yang digunakan dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam atau Kim Chol dikenal pasti sebagai ‘VX Nerve Agent’ yang disenarai senjata kimia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan di sini Jumaat berkata, ini dinyatakan dalam laporan awal analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia yang diterima Polis Diraja Malaysia.
Bahan Kimia Pembunuh Dijumpai Di Muka Jong-nam
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

1 comment:

Anonymous said...

sudah berlaku baru nak sibuk buat itu ini....ramai juga yang jadi penganalisa itu ini....kata polis kita 'the best in the world'.......mengapa boleh bolos serba-serbi masuk negara ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails