Monday, December 26, 2016

Tahniah Wakil M'sia PBB! Walau PAS Tak Iktiraf N/Haram Israel..


PAS mengucapkan tahniah kepada wakil Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas resolusi menghentikan aktiviti penempatan Israel di bumi umat Islam Palestin. Ini adalah suatu tamparan besar kepada kerajaan Israel yang sering kali bertindak menindas rakyat Palestin meskipun perkara tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

US tidak menggunakan kuasa veto yang dimilikinya bagi mempertahankan Israel walaupun telah dipinta oleh Perdana Menteri Israel sendiri. Akhirnya resolusi yang diusulkan semula oleh wakil negara Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela itu dibincang dan diluluskan. 


Resolusi tersebut mengarahkan Israel supaya menghentikan sebarang aktiviti penempatan haram di Palestin dan Jerusalem. Israel telah membina penempatan haram sejak 1967 dan terus berdegil dengan aktiviti tersebut walaupun jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Kejayaan resolusi tersebut tepat pada masanya ketika isu konflik Syria yang berkongsi sempadan dengan Israel sedang rancak diperdebatkan. PAS masih konsisten tidak mengiktiraf negara haram Israel dan menolak solusi dua negara (two-state solution). 


Lapor Harakah hari ini.


Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menjelaskan mengenai isu konflik di Syria.. Menurut beliau:


Satu: "kita perlu baca politik Aleppo ini kepada kedudukan Syria daripada awal. Perlu difahami Syria ialah negara yang termasuk dalam perjanjian Sykes-Picot, antara British, Perancis dan Russia, selepas kejatuhan Uthmaniyyah, Syria dengan Lebanon termasuk di dalam bahagian Perancis. Maka polisi dan politik Syria berlainan dengan Jordan, Iraq, negeri di bawah pembahagian British."


Dua: "Syria bersempadan dengan Israel, sangat rapat dengan strategi keselamatan Israel. Apa yang berlaku di Syria adalah strategi keselamatan Israel yang diatur oleh Barat. Ini mesti kita faham, bukan bumi Syria itu, tanpa mengira siapa yang memerintah Syria, yang penting kepada kuasa-kuasa Barat ialah keselamatan Israel, ini mesti kena faham. 


"Selepas berlaku kejatuhan Shah di Iran, kumpulan Islam Syiah memerintah Iran. Mereka mengisytiharkan putus hubungan diplomatik dengan Israel, mengisytiharkan Israel sebuah negara haram, yang pertama. Lalu, Barat menggunakan Saddam Hussein untuk menyerang Iran, semua negeri Arab menyerang Iran di masa itu, kecuali Syria, Yaman, Sudan, Algeria, Libya tidak menyokong serangan ke atas. Libya tak, Libya lain tak menyokong serangan Iraq ke atas Iran di masa itu. "


Tiga: "Hafez al-Assad, Parti Ba'ath, Saddam Hussein Parti Ba'ath, dua ini ada krisis, krisis dalam parti Ba'ath, dan tidak bersama. Bila Syria tidak bersama dengan Iraq dalam Perang Teluk yang pertama, Iran dikepung oleh semua negeri di bawah pengaruh Barat. Maka Iran mengambil kesempatan mengadakan hubungan dengan Syria, hubungan dengan Syria. " 


"Hafez al-Assad yang walaupun kalangan (Syiah) Alawi, (Syiah) Alawi dalam 10 peratus ataupun 20 peratus sahaja, 80 peratus adalah Sunni di Syria, ini perlu dia sedar. Walaupun Barat mengatur supaya Hafez al-Assad menguasai Syria, tapi dalam masa yang sama mereka mesti meraikan 80 peratus Sunni di Syria. " Tegas Abdul Hadi Awang.




Kemelut Hafez al-Assad.


Menurut beliau lagi, 

"Dalam
 masa yang sama, Hafez al-Assad mengadakan hubungan dengan Iran. Iran mengambil peluang, Syria menjadi pintu untuk keluar ke dunia lain dalam Perang Teluk yang pertama, ini kita kena faham. Dalam masa yang sama, Syria termasuk kalangan negeri yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo yang mengiktiraf Israel. Mereka menolak penyelesaian dua negara Palestin, satu untuk Yahudi dan satu untuk Israel. 


"Sama dengan Yaman, Sudan, Libya, Iraq juga sama, termasuk Algeria. Negara-negara ini dianggap sebagai ancaman kepada Israel. Maka menjadi sasaran kepada Arab Spring, Arab Spring, jadi sasaran semua negara ini. Mesir juga jadi sasaran kerana Mesir, kedudukan Terusan Suez yang menjadi penghubung kepada laluan dunia Barat, bekalan tenaga minyak petroleum daripada negeri Teluk. Mesir juga menjadi perhatian mereka dalam masa yang sama, pengaruh Islam juga kuat di Mesir. 


"Maka Arab Spring dijadikan satu cara untuk membentuk peta baru Asia Barat, peta baru Asia Barat yang dirangka oleh Barat, demi keselamatan Israel. Kita melihat, semua negeri Arab Spring ini kumpulan Islam gagal walaupun kumpulan Islam yang paling ramai turun ke padang, Arab Spring, kerana dicaturkan oleh Barat untuk menyelamatkan Israel.


"Syria yang mengambil kesempatan daripada strategi kedudukan dia, dengan hubungan yang rapat dengan Iran, dalam masa yang sama membenarkan semua kumpulan Palestin yang dianggap ekstrem, Hamas, Tanzim al-Jihad, kumpulan ...., dan lain-lain, berpangkalan di Syria. Dan Iran membantu kumpulan-kumpulan ini melalui Syria, melalui Syria. 


"Dan Iran telah mencapai kemajuan teknologi yang tinggi dalam membantu Gaza dan Selatan Lubnan. Menggagalkan serangan Israel ke atas Gaza dan Lubnan sebanyak dua kali, gagal, senjata Amerika tidak berkesan. Mereka mengetahui bahawa bantuan senjata ialah melalui Yaman dan Sudan, serta Syria. Yaman dengan Sudan pangkalan yang jauh. 


"Kita jangan lupa, Israel pernah menyerang Sudan, 'Port' Sudan, dalam masa yang sama juga Israel menyerang Syria. Syria dianggap paling bahaya kerana di situ pangkalan, ada kumpulan Palestin yang tidak mengiktiraf Israel, mereka perlu dikacau.


"Beberapa tahun yang lalu, beberapa media Barat telah menyiarkan artikel, termasuk Al Jazeera, penglibatan Arab Saudi dan Barat menghantar Daesh, menghantar kumpulan pelampau yang ditugaskan oleh Amerika di Afghanistan. Yang balik ke negeri masing-masing ditahan, dihantar ke situ, tujuan untuk mencetuskan kekacaun di Syria dianggap sebagai pangkalan di atas nama untuk menentang kezaliman Hafez al-Assad.


"Mereka yang bersemangat ini pergi ke sana berperang untuk menentang Hafez al-Assad kerana dia (Syiah) Alawi. Mereka lupa bahawa di sini mereka telah digunakan untuk mencetuskan kekacauan di Syria.


"Dalam hal ini kita melihat, ulama-ulama Syria sendiri berbelah bahagi, contohnya Dr Wahbah al-Zuhaili Al Marhum mengambil sikap diam, (tidak) mengkritik kerajaan Syria, diam, dan tak keluar daripada Syria, Dr Wahbah. 


"Syeikh Ali As-Sobuni duduk tinggal di Saudi, sebahagian tinggal di Turki. Syeikh Dr Said Ramadan Al-Bouti mengambil sikap bersama Hafez al-Assad. Kita melihat ulama-ulama di Syria pun berbelah bahagi, bagaimana nak menentukan sikap mereka dalam perkara ini. 


"Dalam hal ini kita mesti faham, apa yang berlaku di Aleppo pada hari ini adalah rantaian daripada semua yang saya sebut tadi. Khususnya tiga hari lepas saya baca dalam media, di Aleppo, Bangsa-Bangsa Bersatu menangguhkan genjatan senjata, minta tangguh genjatan senjata dan minta hantar pengaman. 


"Wakil Syria di Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendedahkan dalam sidang media di PBB, sidang sehari. Wakil Syria mendedahkan ada 12 orang agen tentera yang dikepung di situ, dan mereka senaraikan nama-nama, seorang daripada Israel, seorang daripada Amerika, seorang daripada Jordan, seorang daripada Turki, seorang daripada Morocco, seorang daripada Qatar, 6 orang daripada Saudi, yang masih duduk di Aleppo. 


"Apa makna ini semua? Menandakan betapa campur tangan tentera asing, rakyat menjadi mangsa. Campur tangan semata-mata untuk menyelamatkan Israel. (Agen tentera) Turki itu saya yakin, Turki yang Fethullah Gulen punya, bukan Turki yang Erdogen, yang masih lagi ada dalam tentera Turki. Saya rasa begitulah agaknya. "


Jelas presiden PAS tersebut. (IH)

16 comments:

Anonymous said...

Resolusi ja apa yg ada...
Mcm RUU355 jugak yg Pas bawa
Kena "Piss" dgn Umno ada lagi...

Anonymous said...

Yang bangangnya si arab unta poojaam org2 melayu ni lar..asik berperang sesama sendiri..org melayu tak tahu menahu..

dok sokong lak sebelah pihak...kunun atas dasar sunni...x payah lar kita amik tau..arab ni bodoh...x abis2 nak perang sesama sendiri..atas nama Islam lak tu kununnya...

Anonymous said...

2 di atas pendapat bodoh.

Anonymous said...

Kerana politik..kafir mengkafir
Akhirnya yg dikagirkannya dulu, itu yg nak dicium dan di peluknya.

Punah masyarakat kerana suka kafir-mengkafirkan ni lah.

Anonymous said...

Tambah 1 lagi, lebih bangang lagi.
Menjadi pengkhianat agama.

he he he

Anonymous said...

Kan dah kata, Melayu memang bodoh. Anon 10.15 adalah buktinya.

Anonymous said...

Tambah 1 lagi, bangang bertingkek2.
Jd walaun tolol bersubahat dgn lebai2 jual agama peralatkan Islam.

he he he

Ir Anonymous said...

PAN tak berani utk tidak mengiktiraf Israel lantaran DAP tidak berani utk tidak mengiktiraf Israel lantaran PAP mempunyai hubungan strategik dgn Israel..

Anonymous said...

Melayu pun lagi BODOH macam Arab jugak.

Berpecah belah dan bergaduh sama sendiri pasal mazhab dan parti politik. Nasib baik Melayu miskin, nak beli rokok halal dah tak mampu, terpaksa beli rokok seludup. Jangan cerita pasal nak beli AK47 dan peluru.

Kalau Melayu kaya macam Arab, Hancur dan bersepai Malaysia, gaduh sikit pakai pelancar roket dan AK47. Syukur Melayu miskin, kalau gaduh pun, pakai tangan dan maki-hamun sahaja.

Anonymous said...

Apa peranan ayatollah hadi dlm isu palestin israel?

hanimasra said...

Masyaallah..jangan perbodohkan orang...

hanimasra said...

Masyaallah..jangan perbodohkan orang...

Ir Anonymous said...

Hadi mengelak ambil dana israel.. razali kata dap ada terima dana israel.. cuba kau tanya lge!

Anonymous said...

Betul ke fitnah tu..knp razali tk buat laporan polis ye..?

Ir Anonymous said...

Kalau fitnah inilah peluang dap nak kantoikan si razali tu ye tak? Kan aku dah kata tanya lah si lge tu? Nape? Takut nak menerima kenyataan ke?

Anonymous said...

Ada report polis baru npk asas tuduhan utk menyaman. Knp razali tk berani buat report tuduhan berat ni? Takut kantoi menipu, memfitnah ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails