Sunday, December 25, 2016

Erdogan Rasmi Terowong Bawah Laut Hubungkan Eropah/Asia

Hasil carian imej untuk Terowong ini yang akan menghubungkan benua Eropah dan Asia.

 Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan merasmikan terowong bawah laut bernama Eurasia di bandar Istanbul, Selasa lalu.

Terowong ini yang akan menghubungkan benua Eropah dan Asia.

Klik sini..


Terowong bawah laut terdalam di dunia


DIANGGARKAN seramai dua juta orang menggunakan Jambatan Bosphorus yang sesak setiap hari.


TURKI akan membina satu laluan terowong bawah laut Bosphorus bernilai 3 bilion euro (RM12.89 bilion) di bawah bandar Istanbul yang menghubungkan benua Eropah dan Asia.
Ia merupakan antara projek mega yang dicadangkan sebagai laluan kemasukan utama ke bandar negara yang berteraskan kerajaan Islam.
Terowong sejauh 13.6 kilometer (km) yang bakal dilengkapi dengan tiub terowong itu disifatkan oleh pegawai kerajaan mereka sebagai yang paling dalam di dunia dengan 60 meter di bawah dasar laut.
Pembinaan projek itu juga dijalankan sempena dengan tarikh ulang tahun ke-90 pembentukan negara Turki moden.
"Turki akan meraikan dua perkara besar pada masa yang sama serentak.
"Kami akan meraikan ulang tahun ke-90 republik ini pada 20 Oktober dan pada tarikh itu juga kami akan merealisasikan impian lebih satu setengah kurun yang lalu iaitu membina terowong laluan utama di bandar Istanbul," kata Menteri Pengangkutan, Binali Yildirim awal bulan ini.
Terowong ini adalah sebahagian daripada projek besar Marmaray yang turut melibatkan usaha naik taraf laluan kereta api lama di kawasan pedalaman bagi mewujudkan laluan sepanjang 76 km sebagai penghubung kepada dua benua berkenaan.
Kos yang besar
Idea asal projek ini pertama kali diutarakan ketika era Kesultanan Uthmaniah oleh Sultan Abdul Medjid pada 1860, namun kekangan kepada peralatan teknikal yang kurang moden pada waktu itu menjadi penghalang kepada pembinaannya.
Bagaimanapun, keinginan untuk membina laluan bawah laut itu semakin kuat pada tahun 1980-an. Beberapa kajian turut mencadangkan bahawa pembinaannya mungkin boleh dilakukan dengan melibatkan kos yang besar.

TEROWONG ini adalah sebahagian daripada projek besar Marmaray yang turut melibatkan usaha naik taraf laluan kereta api lama di kawasan pedalaman.



Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang juga bekas Datuk Bandar Istanbul mengumumkan perancangan ini pada tahun 2004 sebagai antara projek pembinaan mega bagi menangani masalah kesesakan bandar yang didiami lebih 16 juta orang itu.
Impian beliau merupakan salah satu punca protes anti-pemerintah besar-besaran yang melanda Turki pada Jun lalu apabila penduduk tempatan mengadu bahawa rancangan pembangunan bandar utama ini memaksa mereka keluar daripada rumah masing-masing selain memusnahkan sejumlah kawasan hijau.
Projek tersebut turut mendapat pembiayaan utama daripada sebuah bank dari Jepun untuk program Kerjasama Antarabangsa dengan sumbangan sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion).
Pembinaan terowong yang dilabelkan oleh pentadbiran Erdogan sebagai projek abad ini sepatutnya siap sekitar tahun 2008, namun ia tertangguh selepas siri penemuan arkeologi utama di situ.
Sejumlah 40,000 objek purba ditemui dekat lokasi kira-kira 30 bangkai kapal pada era pemerintahan empayar Byzantine yang merupakan armada terbesar pada zaman pertengahan.
Namun, siri penemuan di luar jangkaan ini sebenarnya mengecewakan Erdogan apabila beliau pernah merungut bahawa isu artifak itu mengganggu rancangannya mengubah landskap Istanbul.
Isu pengangkutan merupakan masalah besar di Istanbul. Dianggarkan seramai dua juta orang menggunakan Jambatan Bosphorus yang sesak setiap hari.
Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas percaya pembinaan terowong yang menghubungkan bahagian Asia dan Eropah di negara tersebut mampu menyelesaikan masalah dengan kapasiti 150,000 penumpang sejam. - AFP


Lihat..Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails