Monday, December 26, 2016

Salji Di Gurun Sahara

Empat Orang Wanita Arab dan Boneka Salju
Salju di Kairo
Musim Salju di Afghanistan
Hasil carian imej untuk salji di gurun sahara


ANTARA gambar yang sempat dirakam Bouchetata menunjukkan salji turun di Gurun Sahara.

ISNIN lalu, beberapa keping foto yang memaparkan kawasan Gurun Sahara diselimuti salji menarik perhatian dunia.

Gambar-gambar yang dirakam oleh seorang jurugambar amatur, Karim Bouchetata menunjukkan padang pasir gersang yang kering di sebuah bandar kecil bernama Ain Sefra. Kawasan itu terletak di Pergunungan Atlas di Algeria iaitu sebelah utara Gurun Sahara.
Kejadian tersebut dianggap cukup mengujakan kerana siapa sangka, salji boleh turun di sebuah kawasan yang secara purata mencatatkan suhu sekitar 30 darjah Celsius itu.
Ain Sefra yang juga terkenal sebagai The Gateway to the Desert atau laluan masuk ke gurun pernah dituruni salji pada 18 Februari 1979.
Fenomena itu bagaimanapun hanya bertahan selama 30 minit sahaja sebelum salji mula mencair dan terus hilang.
Selepas 37 tahun, salji turun untuk kali kedua tetapi kali ini ia mampu bertahan selama kira-kira satu jam sebelum mulai hilang akibat suhu panas.
Menurut Bouchetata, semua orang cukup terkejut menyaksikan salji turun di kawasan paling kering di dunia itu.
“Ia merupakan satu kejadian yang jarang berlaku. Apa yang boleh saya katakan adalah, pemandangannya amat cantik.

“Malah, salji yang mencair di sebalik pasir-pasir merah di kawasan tersebut yang berjaya dirakam menjadikan gambar tersebut cukup memukau,” ujarnya.

  SALJI-SALJI yang terbentuk atas permukaan pasir menjadikan gambar yang dirakam cukup cantik dan unik.

Hasil carian imej untuk salji di gurun sahara

Hasil carian imej untuk salji di gurun sahara
Hasil carian imej untuk salji di gurun sahara

Imej yang berkaitan
Foto Musim Salju di Arab yang Sangat Unik


Menerusi gambar-gambar yang diambil Bouchetata, lapisan nipis salji menyelaputi permukaan pasir, manakala bahagian yang mempunyai permukaan yang curam pula menghasilkan corak tersendiri apabila bercampur dengan pasir-pasir di situ.
Pada tahun 1979, fenomena salji berlaku secara tiba-tiba apabila ribut salji melanda kawasan Ain Sefra sehingga menyebabkan orang ramai terpinga-pinga dan ketakutan.
Bandar kecil itu dikatakan sudah wujud sekitar tahun 1881 dan ia mewarisi sejarah Perancis. Gurun Sahara pula merupakan hamparan gurun terbesar di dunia yang meliputi negara-negara seperti Algeria, Chad, Mesir, Libya, Mali, Mauritania, Maghribi, Niger, Sudan dan Tunisia.
Suhu di kawasan Gurun Sahara boleh melonjak sehingga 50 darjah Celsius pada titik dan kitaran musim tertentu.
Keluasannya adalah kira-kira 9 juta kilometer persegi iaitu membentuk 31 peratus daripada benua Afrika.
Keluasan itu boleh dikira sebagai 11 juta kilometer persegi jika turut mengambil kira kawasan yang mengalami pemendakan tahunan kurang daripada 250 milimeter.
Menurut laman web berita-berita pelik Snopes.com dari Los Angeles, kejadian tersebut berlaku kerana kedudukan Ain Sefra yang unik.
Cuaca sejuk bukanlah perkara yang aneh di kawasan tersebut kerana ia terletak antara Pergunungan Atlas dan padang pasir.
Suhu di kawasan itu boleh menjadi amat panas pada musim panas dan boleh menjadi amat sejuk pada Disember dan Januari.
Salji di kawasan pergunungan kering sebegitu dianggap bukanlah perkara mustahil kerana sebelum ini, salji juga pernah turun di kawasan Death Valley di California, Amerika Syarikat yang pernah mencatat rekod sebagai kawasan paling panas dunia dengan suhu 56 darjah Celsius pada 1913.
Sesebuah kawasan yang panas sepanjang tahun tidak semestinya bererti ia terhindar daripada cuaca sejuk atau salji. (Kosmo!)

20 comments:

Anonymous said...

Dunia dh berubah..
Lobai2 bila nak berubah??

Anonymous said...

Banjir kuning di negeri serambi mekah.

Hamba Allah said...

Bila pulak lah puak2 yg menghina ulama ni nk bertaubat dan berubah...harap sgt lah mereka tu sempat bertaubat sblm mampus

Anonymous said...

Walaun tolol Ayatollah Hadi Parti Ajaran Syaitan..harap sgtlah anda sempat bertaubat dan berubah sblm mampus.

Ir Anonymous said...

Syukurlah Tghh masih mampu meneruskan kepimpinan PAS.. namun sekiranya sampai masa beliau digantikan, aku takkan biarkan org PAN kembali kpd PAS.

Anonymous said...

Masih lagi menunggu dan terus menunggu entah sampai bila...........

....haji hadi kritik najib dan rosmah,...sedangkan aku unit amal...!!!!

Anonymous said...

Engko tu yang mungkin mampos dulu. Bertaubatlah deras.

Anonymous said...

Tak hingin aku masuk balik Pas, parti ajaran sesat, parti anak syaitan, parti assobiyah 1Malaysia. Ahli neraka kebanyakannya, termasuklah jurutera sekor di atas. Mampos la cepat ko.

Ir Anonymous said...

Kalau benar kau unit amal yg berkredibiliti pasti kau dah tahu berapa ramai pimpinan PAS yg dah kritk najibul dan rosmahul..

Anonymous said...

Parti.Ajaran.Syaitan berimamkan Ayatollah Hadi pembohong bersiri.

Ir Anonymous said...

Tipikal PAN bila tak mampu berhujah..

Anonymous said...

Hehehe anon 10:36. Ye ye je tak nak masuk Pas 'balik'. Entah2 borang pun tak pernah tengok uhuk uhuk..

Anonymous said...

10:50 AM...klu iya pun nak petik nama ayatollah...tengok la siapa yg suka sebut dlm ceramah ayatollah itu role model....tak lain tak bukan abg mat la....tu sbb mat sabu bermasalah dlm Pas tambah dgn isu2 lain...hmmm nmpk bersungguh sokong Pan, tapi latar belakang kepimpinannya tak pernah dikaji....

Anonymous said...

Ayatollah Hadi imam Parti Ajaran Syiah. Sesat dan menyesatkan akudah org melayu tolol dulu, kini dan selamanya.

Anonymous said...

Pas dah karam. Hanya walaun2 biol yg masih menyokong parti ajaran syiah pimpinan ayatollah hadi mereng.

Anonymous said...

Kesatuan Ulama Dunia pun mengutuk ayatollah hadi ke teheran. Hanya walaun2 biol yg masih menyokong Parti Ajaran Syiah.

Ir Anonymous said...

Kemelut lawatan tghh ke teheran bukanlah sebuah isu sebenarnya. Ianya hanyalah perbezaan pendapat di antara tghh dan ketuanya yg telah melantiknya. Kini terpulanglah kpd dr yusoff qardawi samada hendak meneruskan khidmat tghh ataupun sebaliknya..

Yg menariknya nanti adakah pan akan terus menyokong dr yusoff qardawi sepertimana sekarang sekiranya beliau memilih utk meneruskan khidmat tghh? Ketika itu bolehlah sama2 kita lihat warna sebenar pan samada warna oren semanis mempelam ataupun warna oren sepahit pinang..

Anonymous said...

Ternyata anon ir seorg walaun biol yg tegar kpd Ayahtollah Hadi dan Parti Ajaran Syiah. Semoga Allah berikan hidayah dan bertaubat dari terus tersesat dan menyesatkan org lain.

Ir Anonymous said...

Marah mat sabu kau perlekeh syiah.. harap husam cepat ambik alih jawatan presiden pan..

Anonymous said...

Ayahtollah Hadi dari Parti.Ajaran.Syiah akan mengamuk sape perlekeh Syiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails