Thursday, December 24, 2015

K'sama PAS/UMNO: Mampukah Kenyataan Zahid Hamidi Ini Pecah-belahkan PAS?

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendapat, individu yang dimaksudkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad adalah di kalangan mereka yang bertaraf pimpinan tertinggi bukannya ahli biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendapat, individu yang dimaksudkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad adalah di kalangan mereka yang bertaraf pimpinan tertinggi bukannya ahli biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.
Datuk Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan tujuan kenyataan Idris Ahmad semalam yang menegaskan mana-mana individu dalam parti Islam itu yang mahu bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berpendapat, individu yang dimaksudkan naib presiden PAS itu adalah di kalangan mereka yang bertaraf pimpinan tertinggi bukannya ahli biasa.
"Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, bekerjasama atau bertahaluf antara PAS dengan Umno-Barisan Nasional (BN). Masakan tiada angin pokok bergoyang?
”Kalau ahli biasa PAS, mereka percaya Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan PAS kerana usaha individu yang dilakukan ahli biasa PAS tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan parti," kata Mafhuz dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kekeliruan ahli parti Islam itu ditambah dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan baru-baru ini yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang spekulasi tentang masa depan dan haluan politik parti Islam itu.
"Saya sendiri dihubungi ahli-ahli PAS meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam PAS tentang isu kerjasama PAS-Umno.
"Tetapi ahli-ahli  menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan pemimpin," katanya.
Menurut Mahfuz, apa yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan ahli  yang menentang kerjasama dengan Umno perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
"Mereka menyatakan bagaimana Zahid boleh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura? Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan?
"Ini yang membingungkan ahli," katanya. – 23 Disember, 2015.

Komen weblog Ibnu Hasyim: [Menurut Mahfuz, apa yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan ahli  yang menentang kerjasama dengan Umno perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
"Mereka menyatakan bagaimana Zahid boleh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura? Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan?
"Ini yang membingungkan ahli," katanya.]
Mampukah kenyataan Ahmad Zahid Hamidi ini pecah-belahkan PAS? Sama-sama kita lihat kepelbagaian tafsiran..
Lihat juga..
Siapa Individu PAS Yang Mahu PAS Bergabung Dengan Umno? - MAHFUZ HJ OMAR

6 comments:

PAS Parti Auta Serban said...

pak lebai pas harap serban je lima kilo tapi bodoh. walaun bawahan terus keliru sebab tak boleh nak fikir. pergi jahanam parti pas!!

Anonymous said...

Aku tak keliru pun.. hanya org bodoh pan je otak serabut sakit hati dan sempit fikiran.. go to hell PAN

Anonymous said...

Yang hang marahkan PAN kenapa? Presiden Parti hang yang buat onar salahkan orang lain.Apa, ingat pas tu Islam lebih sangat ke sampai orang lain yang tak bersalah engkau salahkan. Go to hell Pas!

bat8 said...

Tuan Haji

Secara teknikalnya PAS sudah pun pecah untuk kali ke 2 akibat permainan politik kerjasama PAS-UMNO ini. Belahnya sahaja yang belum kerana menunggu keputusan rasmi dari MSU. Ada berita yang mengatakan bahawa keputusan MSU sudah ada, cuma menunggu keputusan tektikal samada mahu diumum atau tidak. Keputusan MSU itu di namakan "Ta'awun Istia'nah bersama UMNO" kalau xsilap saya. Kewujudan keputusan ini disampaikan oleh salah seorang ahli MSU dalam ceramah di Kedah dalam seminggu lepas.

Pada saya apa jua keputusan MSU dan JKKP, ia tidak mengubah apa-apa dalam PAS. Ia ibarat refree bolasepak baling syiling, head PAS Loosses, tail PAS loosses too. Keadaan PAS akan menjadi lebih buruk. Ini akibat dari permainan politik yang tidak cermat oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri termasuk HH.

Saya melihat usaha kerjasama PAS-UMNO yang digerakkan oleh puak HH dan PAS Terengganu sejak 7 tahun lalu akan menemui nasib yang sama dengan isu hendak melaksanakan hudud dengan kerjasama UMNO - PAS ditipu hidup-hidup oleh UMNO.

Seperti juga dalam kes hudud, UMNO tidak mengalami apa-apa kecederaan pun tetapi kesan kepada PAS begitu parah sekali....b3gitu juga dalam isu kerjasama PAS-UMNO ini.

Tanda-tandanya sudah nampak sekarang. Sekarang nada pemimpin-pemimpin PAS yg mahu berdakap dgn UMNO sudah mulai lain. Sekarang mereka mencanang kerjasama dalam isu-isu Islam sahaja yang remeh temeh seperti LGBT umpamanya. Kerjasama yang mereka mahu pun sekarang dah tak jelas, sekadar dicanang secara umum sahaja tanpa spesifik " kerjasama dalam isu-isu Islam sahaja". Apa isu2 Islam itu secara spesifik....1. ? 2. ? 3.?.......seperti biasalah, mereka pun xtau apa!

bat8 said...

Walhasilnya sekarang, jika kita lihat perkembangan didalam PAS sekarang, PAS sudah masuk jerat UMNO!!...Kedudukan PAS menjadi lemah jika diadakan perbincangan rasmi dgn UMNO untuk memuktamadkan kerjasama PAS-UMNO sekarang. UMNO berada dalam kedudukan kuat untuk memanipulasi rombongan PAS sesuka hatj UMNO...Apatah lagi rombongan PAS nanti adalah rombingan yang sama yang telah ditiou oleh UMNO dalam isu hudud dulu...

Itu pendapat saya. Pendapat tuan Haji macamana pulak!

Ibnu Hasyim said...

T.kasih pandangan tuan. Pandangan yang baik. Pendapat saya? nanti dulu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails