Wednesday, December 23, 2015

Dipenjara 5 Tahun, Kerana Miliki Kapak. Lucu. Undang-undang Dera Rakyat..

Mohd Bakri kanan.

Kota Bharu, 22 Dis: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan memiliki kapak tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen hari ini.

Peniaga terbabit, Mohd Bakri Mohd Adnan, 43, dijatuhi hukuman terbabit selepas mengaku bersalah dihadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus. Hukuman penjara tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 November 2014.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki kapak berukuran 44 sentimeter di dalam kereta kancil tanpa kebenaran yang sah di Jalan Bukit Gedombak, Pasir Puteh pada 5.45 petang pada 25 November 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata 1958. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjaram minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, NurLiyana Md. Zukri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cuba kaji balik, undang-undang ini jelas tidak adil, mendera dan menyusahkan rakyat. Dalam Islam memiliki senjata memang dibolehkan. Bahkan Nabi SAW menggalakkan kanak-kanak dilatih bermain senjata, bahkan di dalam kawasan masjid sekali pun. Ertinya itu kerja baik atau kerja ibadat.

Memiliki senjata itu adalah suatu keperluan. Yang salah ialah menyalahgunakan senjata. Senjata boleh digunakan untuk kebaikan dan menjaga keselamatan. Zaman ini di Malaysia, boleh digunakan untuk melawan perompak, penyamun, peragut, perogol dan lain-lain. Individu boleh bantu hindari penjenayah.

Yang salah ialah menyalahgunakan senjata, walaupun ia pihak pegawai keselamatan, polis atau wakil rakyat yang mempunyai lesen membunuh atau menggunakannya. Undang-undang lapuk yang digunakan penjajah di negara ini dulu diciptakan bagi mengekang kebangkitan rakyat yang dijajah.

Fikir-fikir la sikit!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails