Tuesday, December 22, 2015

PAS Tanding 11 DUN S'wak, Presiden PKR Tidak Cermat.. -Jofri Jaraiee

PAS Sarawak hari ini mengumumkan akan bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri itu akan datang.
Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee (gambar) berkata, parti Islam itu akan turut bertanding di beberapa kerusi bandar yang ditandingi DAP, bekas sekutu politik mereka sebelum ini.
"Perbincangan kerusi ini tidak tertakluk kepada perbincangan dengan Pakatan Harapan kerana PAS bukan sebahagian gabungan tersebut.
"Apapun, PAS Sarawak sedia berunding dengan PKR sebagaimana keputusan PAS Pusat yang masih mengekalkantahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR," katanya pada kenyataan media hari ini.
Jofri berkata, PAS Sarawak memandang serius kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa parti itu tidak mendapat sambutan dan tiada memiliki kerusi di Sarawak.
"Kenyataan tidak demokratik dan tidak cermat ini sewajarnya tidak dikeluarkan, malah tidak menggambarkan realiti sambutan PAS Sarawak yang semakin kukuh di Sarawak," ujarnya.
Sebaliknya beliau menasihatkan PKR supaya lebih berwaspada dengan 'tindakan licik' DAP yang didakwanya baru-baru ini 'mencuri' beberapa bekas calon PKR dalam pilihan raya lalu.
Dakwanya, DAP turut 'bercita-cita' tinggi untuk merampas banyak kerusi ditandingi PKR, dengan bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi berbanding 15 kerusi sebelum ini.
PAS sebelum ini bertanding di 5 kerusi DUN di negeri itu, kata Jofri.
Antara kerusi yang disasarkan kali ini adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai,Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa, Dudong dan beberapa kerusi lagi yang sedang dipertimbangkan.
Parti itu, katanya kini aktif di 11 kawasan dan mempunyai sekitar 3,000 aktivis yang bersedia bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya negeri.
Pada 2011, PAS tidak memenangi sebarang kerusi DUN di Sarawak dalam Pilihan Raya negeri yang diadakan. (TMI)
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS Bintulu di Rumah Panjang

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails