Tuesday, December 22, 2015

Gambar Ini (Buka Aurat), Benarkah Rayani Air, Penerbangan Patuh Syariah?

Rayani Air bukan penerbangan kos rendah mahupun penerbangan jenis hibrid, serta menawarkan perkhidmatan penuh. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Syarikat Penerbangan Rayani Air yang berpangkalan di Langkawi bakal memulakan operasinya pada 20 Disember ini dengan penerbangan 'homecoming' dari KLIA2 ke Langkawi.

Ia akan disusuli denagan penerbangan pertama dari Langkawi ke KLIA2.

Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari berkata syarikat itu menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik melibatkan lima lokasi iaitu Langkawi, KLIA2, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Jelasnya, Rayani Air memilih Langkawi sebagai pangkalan penerbangan kerana melihat lokasi itu sebagai destinasi utama pelancong.

Rayani Air juga adalah syarikat penerbangan yang pertama di Malaysia yang beroperasi berlandaskan patuh syariah.

"Kami mewajibkan anak kapal kami yang beragama Islam untuk berpakaian menutup aurat dan kepada yang bukan beragama Islam untuk memakai secara sopan.

"Dalam penerbangan kami juga, kami mempunyai polisi 'tiada alkohol' dan menyediakan makanan yang halal.

"Kami juga akan membuat bacaan doa sebelum memulakan penerbangan," kata Jaafar dalam satu sidang media selepas majlis penerimaan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Operasi Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Putrajaya pada Jumaat.

Perkhidmatan penuh

Jaafar juga menegaskan syarikat penerbangan itu bukan penerbangan kos rendah mahupun penerbangan jenis hibrid.

"Kami adalah penerbangan perkhidmatan penuh (full service) seperti MAS. Pesawat kami menyediakan 16 tempat duduk kelas bisnes dan 128 kelas ekonomi," jelas Jaafar.

Rayani Air kini memiliki 355 kakitangan yang melibatkan lapan juruterbang dan 50 anak kapal.

Setakat ini, Rayani Air menggunakan dua pesawat Boeing 737-400 yang dibeli dari Neptune Air Limited.

Bagi tahun hadapan, syarikat penerbangan itu bercadang untuk menambah jumlah pesawat dan meluaskan rangkaian ke rantau Asia termasuk Jakarta dan Manila.

Jaafat turut berkongsi antara rancangan Rayani Air adalah membuka laluan ke Timur Tengah yang khusus kepada penerbangan umrah dan haji.

Dalam tempoh satu hingga dua tahun, Rayani Air juga menyasarkan untuk meluaskan pasaran di China.

Sejak dibuka untuk tempahan pada 13 Disember lalu, Rayani Air sudah mendapat sambutan baik dengan memperoleh antara 50 peratus hingga 60 peratus tempahan terutamanya untuk musim perayaan Cina tahun hadapan. (AstroAwani)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah semoga berjaya. Juga, semoga menjadi tamparan kepada syarikat penerbangan lain di Malaysia yang tidak mahu sensitif terhadap tuntutan umat Islam, syarikat yang dengan biadap menghidangkan arak dalam penerbangannya di negara umat Islam ini. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

yang bukak aurat tu bukan anak kapal
mungkin model iklan saja kut
mampuih la lagu ni
masih engkar denagn seruan dari Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails