Thursday, September 10, 2015

PR 2.0: Pas Tak Perlu Tergesa, Kaji Semula. -Tuan Ibrahim


SHAH ALAM - Pas menyifatkan parti itu tidak perlu tergesa-gesa dalam hal hubungan kerjasama politik parti pembangkang yang didakwa untuk membentuk PR siri kedua.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu akan mengkaji semula keperluan hubungan kerjasama tersebut.

"Dalam konteks hubungan  atau pembentukan PR 2.0, Pas akan mengkaji  semula.  Pengalaman lalu banyak mengajar kita.

"Isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat parti dan kita tidak perlu tergesa gesa," katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas soal kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menegaskan tetap mahukan Pas dalam PR 2.0.

Semalam, Azmin berkata, Menurut Tuan Ibrahim, pendirian PKR itu selaras dengan keputusan parti dan keputusan Muktamar Pas yang lalu.

"Pendirian PKR selaras dengan keputusan muktamar dan pendirian parti di Selangor.  Hubungan Pas dengan  PKR berjalan biasa.

"Pas tetap dengan keputusan memutuskan hubungan dengan  DAP," katanya.

Tuan Ibrahim turut menyatakan kini Pas sedang bekerja keras memperkukuhkan jentera parti dan memperkemaskan tarbiah  di kalangan ahli serta memberi fokus kepada isu rakyat.

Kelmarin, DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini walaupun Azmin Ali berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan PR 2.0.

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan telah bertemu dengan pemimpin Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dalam satu mesyuarat tertutup bagi membincangkan pembentukan pakatan baharu.

PKR juga bakal bertemu Pas dan DAP untuk membincangkan perkara sama.(SH)

6 comments:

nizar said...

Kenapa tk perlu gesa2 . .? Nak kaji apa lagi?.. buatlah keputusan cepat2 ..nk tunggu muktamar & dewan ulama & majlis syuraa ... klau tersilap buat keputusan tk kisah ..kita boleh u-turn, round-about @ korner baring .. segalanya akan diputuskan oleh tuang perisideng.
hebatnya tarbiah ..akan ramai lagi ADUN & Pas Pahang akan mufaraqah ..
Parti Cangkul nmpaknya akan terus ganti Pascai ..tk caya tanyalah Pak Hashim..hi

ramboo-t said...

Dap terkenal dgn anti islamnya, tembelang pkr jg pecah bila mana mereka xmau hudud di laksanakan dah klate..langkah kajang menampakkan brother yg gila kuasa dan amal kronism, geng liberal serpihan pas jelas nyata tunduk pd dap (keldai dicucuk hidung)..benarlah apa yg dikata oleh presiden..kami sapot ulamak utk memimpin menuju ke akhirat, minta dijauhkan dr bersama geng taghut.

Anonymous said...

Apa yg hg dok merepek bab dunia ni mangkok....toksah dok peduli laa tu semua duniawi je.....hg kan nk menuju ke syurga.....bab dap..pkr..amanah tu semua perkara lagho yg boleh halang hg ngan ulamak hg nk masuk syorga...so kipidap ngan amalan hg....semoga berjaya...

Anonymous said...

Xkan nak sokong najib plak. @ LKS @ Mat Sabu @ LGE @ Anwar yg tolak hudud

Anonymous said...

Salam En. Rambo III, semua,

DAP terkenal dengan label anti-Islamnya. Bukan Hudud je ajaran Islam, kesaksamaan sosial dan pengagihan harta negara secara saksama pun ajaran Islam juga.

Yang saya tahu kalau DAP anti Islam, UMNO lagi anti Islam!!! Hudud janji nak bentangkan di Parlimen tak bentang-bentang, harta negara lagi la, daging semua dapat kat kroni, tulang je la dapat kat rakyat,dah la tak dapat harta negara seadilnya, kena GST lagi!!! Memang nak mampos!!!

Nak support pemimpin tu berpada-pada la. Tak kisahlah orang tu Ulama ke tak. Khalid ibnu Walid bukan Ulama Rasulullah tetap lantik dia jadi panglima perang kerana ketokohan dan kemahiran dia. Abu Dzar Rasulullah tidak lantik walaupun lebih awal memeluk Islam daripada Khalid sebab kelemahannya.

Nak selamat menuju ke akhirat apanya, kat dunia je dah kena tipu pasal hudud dengan UMNO!!!

Sebenarnya apa kata Presiden tak benar dalam hal ni. Orang dah nak mampus pasal GST dan kejatuhan mata wang dia boleh kena tipu pasal nak bentangkan hudud. Benar apa???


Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam semua,

Sejak bila Anwar dan Mat Sabu tolak hudud???

Beri la bukti. Janganlah menuduh tak tentu pasal.Kan Fitnah.

Yang masih jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails