Thursday, September 10, 2015

Main Politik, PKR Bergantung Kepada PAS Untuk Kekal Di S'gor.


Hasrat terus kerjasama dengan PAS hanya mainan politik PKR, kata pensyarah 

PKR hanya bermain politik demi menjaga kepentingan parti itu di Selangor apabila menyatakan hasrat mahu meneruskan kerjasama politik dengan PAS, kata seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), menurut laporan Sinar Harian hari ini.

Md Shukri Shuib dari Pusat Pengajian Antarabangsa UUM menjelaskan situasi tersebut sebagai konsep "siapa makan siapa", kerana berpendapat PKR perlu bergantung kepada PAS untuk kekal berkuasa di Selangor.

"Jika PAS Selangor diketepikan buat masa ini, ia akan membawa kepada rombakan exco. PKR perlu berdepan bukan sahaja dengan Barisan Nasional (BN) dan bekas menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi juga PAS.
"Ini satu sikap kepimpinan PKR yang tidak konsisten. Dari satu sudut mereka dilihat bersahabat baik dengan DAP dan menyokong kumpulan anti PAS tetapi sudut lain pula cuba meneruskan hubungan dengan parti itu," pensyarah hal ehwal politik dan antarabangsa itu dipetik berkata.

Sinar Harian melaporkan beliau berkata, orang ramai akan melihat situasi tersebut seakan-akan PAS "digula-gulakan" dengan kuasa dan juga peruntukan, yang boleh disalurkan kerajaan Selangor kepada wakil rakyat parti Islam itu.

"Jadi, buat masa ini walaupun Pakatan Rakyat (PR) dikatakan hancur, roh PAS sama macam Gerakan Harapan Baru (kini Parti Amanah Negara) yang mahukan gula-gula politik ekonomi," katanya.

Pada masa sama, beliau melahirkan keyakinan, permusuhan PAS dan Amanah akan reda menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana berpendapat PAS tidak akan selesa jika berganding bahu dengan Umno dan BN, berikutan sikap serta nilai politik parti yang berbeza.

"Saya percaya PAS akan bersama kumpulan Harapan Baru bergandingan dengan DAP dan PKR sebagai landasan mendapatkan kepuasan untuk menumbangkan BN," katanya.

"Senario politik semasa menjelang PRU14 tidak akan menjadikan PAS bersendirian, sekurang-kurangnya PAS akan kembali bersama sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat 2.0.

"Jika ini berlaku, DAP adalah sebenarnya ketua pembangkang dan PAS parti penambah perisa sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau membuat kesimpulan, langkah tersebut dibuat bagi memastikan survival politik PKR, terutamanya di Selangor. 

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.


“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.
(IH)

5 comments:

Anonymous said...

Cermin muka dululah bloger Pas.Kalau dah rasa kuat.dari dulu lagu dicabar tinggalkan Pakatan tetapi mengapa smapi sekarang ni tak keluar2 .kata dah putus dengan DAP tetapi hari ni kata masih bersama dengan PR.Buka seluar cermin buntut dan tenguk wajah .malu dengan bangsa kafir ,cakap tak seperti orang beriman.cakap berdegar2 tapi kecut ktttt.Kau tak tenguk ke hari2 presiden Pas keluar kenyataan yang tak masuk di akal .Dulu Bedsih 4 tak sesaui .APA? himpuan baju merah sesuai pulak dengan selera kau dan presdien Kau? gial ke/ sekaarng kau cuba pulak rosakan PKR .Pas dah kau rosakan .apa punya punya peminpin ni.

Anonymous said...

Parti amanah awal awal lg ckap nak buat islam tp kena tanya kawan kawan dulu.kawannya dap awal awal ckp no hudud lg mahu tanya.terlebih amanah n progesif jd haru

Anonymous said...

Salam semua,

Kalau berbincang dengan PKR dan DAP apa salahnya. Lagipun Islam tu bukan hudud sahaja, keadilan sosial, pengagihan harta negara yang samarata dan sebagainya sebahagian daripada Islam juga.

Kalau nak buat HUDUD berbincang dengan UMNO macam mana?? Kena tipu lagi kan???

Yang masih jahil,

Nobody

Anonymous said...

Erkk.. si jahil ni lagi, gie dakwah dulu kt dap mcmana nk hormat pd ulama dan org islam.. pkr tkde akar umbi sbb tu flip flop.. PAN pemimpin khianat pd parti dah rakyat malaysia, tak layak utk jd pemimpin.. lg pun ahli jawatankuasa PAN lg ramai dari ahli biasa.. confirm bungkus awal dap pun tau tp terpaksa menyokong dgn hati yg pedih..
Hudud kena tipu dgn umno tidak mjadi masalah.. sekurangnya dah mencuba bukan seperti president PAN yg awal2 lg tidak berminat dgn hudud maybe takut tkleh nk berkepit2 dgn cina baby doll..
Kami sokong pas sbb islam.. semua kaum bersatu dibwh agama islam tiada rasis dan rahmat sekalian alam..

Anybody

Anonymous said...

Mohon mencadangkan SETIAUSAHA AGUNG PKR yang baharu ialah Dato' Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails