Thursday, September 10, 2015

Memalukan, A/Parlimen DAP Jadi Budak-budak?

azmin-ni-ching
PETALING JAYA : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali membidas Ahli Parlimen DAP dari Kulai Jaya, Teo Nie Ching dan menyifatkannya sebagai kebudak-budakan.
Perkara itu terjadi apabila Nie Ching menulis di twitternya adakah Azmin mencari rakan politiknya dengan menyertakan pautan berita daripada The Malaysia Insider berkenaan kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas tidak menolak kemungkinan menyertai himpunan ‘baju merah’ pada 16 September ini.
IMG-20150909-WA0005
“Jangan terlalu kebudak-budakan! KEADILAN sentiasa menjadi penggerak utama untuk mengukuhkan gabungan itu untuk menghadapi UMNO dan BN,” tulis Azmin ditwitternya lewat malam tadi.
Menteri Besar Selangor berkata, PKR sentiasa menjadi penggerak utama untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat bagi berhadapan dengan UMNO dan BN.
Azmin dan pimpinan DAP tidak sependapat dalam isu penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur.
Ini berikutan, Azmin bertegas mahukan Pas menyertai Pakatan Rakyat 2.0 tetapi tidak disenangi DAP dan sebahagian pemimpin PKR yang tidak sehaluan dengan Azmin. (FMT)
Sungguh memalukan, adakah Ahli Parlimen DAP ini jadi macam budak-budak atau kanak-kanak yakni belum sempurna akalnya? Cuba-cuba nilaikan..

6 comments:

Anonymous said...

Tolong hindari PAS untuk 10 tahun yang akan datang atau PR 2.0 binasa tak mendapat sokongan rakyat.

Anonymous said...

Dah nak jadi batu api ke? Pas pecah kerana Hadi kini kalau PKR pecah kerana Azmin .Hadi+Azmin= keliru ,Mat Sabu bersedia dengan Amanah menerima kemasukan beramai2 dari Pas dan PKR.Tujuan kita hancurkan BN ,tanpa bantuan Pas dan PKR yang dah sebati dengan Umno.

Anonymous said...

Ingat...rakyat mahu umno/bn dihancurkan dan tumbang
tanya pas...adakah mereka mahu memberi nyawa pada umno?
Tanya pas/dap...adakah mereka masih ego mementingkan halatuju masing2 atau utk memenuhi inspirasi rakyat?

Anonymous said...

Anta memang Pas yg original.
ABU. PBI.
Asal Budak UMNO. PAS Bukan Islam.
Hasut menghasut kerje seton.

Anonymous said...

DAP ni sekali tgk dah mcm koboi yahudi masa mula2 masuk amerika dulu. Dulu koboi dilaga2nya org asli kat amerika sesama sendiri. Dah habis berperang kawan tu kang dia pun pura2 bagi bantuan jadi jaksa pendamai kedua belah pihak bertelagah. 

Anonymous said...

Mohon mencadangkan SETIAUSAHA AGUNG PKR yang baharu ialah Dato' Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails