Wednesday, September 09, 2015

PR 2.0: Wan Azizah Sudah Jumpa Mat Sabu



SHAH ALAM – PKR hari ini memulakan langkah proaktifnya ke arah pembentukan Pakatan Rakyat (PR) 2.0  apabila pertemuan tertutup dengan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia (PPM), Mohamad Sabu mencapai kata sepakat tentang hala tuju kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut. 

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pertemuan itu berhasil sambil beliau menyambut baik penyertaan PPM untuk menguatkan parti-parti pembangkang sedia ada untuk mencabar BN dalam isu semasa dan PRU14 akan datang.

“Kami mengadakan mesyuarat yang berhasil untuk membincangkan hala tuju yang sama dan prinsip kedua-dua pihak. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan PPM sebagai parti pembangkang baharu.
“Krisis keyakinan yang melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kerajaan BN. Saya yakin bahawa PR 2.0 akan menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Wan Azizah juga berkata, pihaknya akan melakukan pertemuan sama dengan pimpinan Pas dan DAP dalam masa terdekat bagi tujuan sama. 
"Kami mencapai banyak kemajuan ke arah pembentukan pakatan pembangkang yang baharu, dan saya akan bertemu dengan pimpinan Pas dan DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan yang sama,” katanya lagi. 

DAP semalam menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan PR 2.0. Guan Eng berkata, sama ada DAP akan bersetuju dengan cadangan itu tidak perlu diulas lagi kerana Pas sudah menyatakan hasratnya untuk melawan DAP dalam PRU14. (PAN)

2 comments:

Anonymous said...

"Berilah berita galakkan kepada orang munafik, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih. Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada Allah." (Surah An-Nisa', ayat 138 - 139)

Anonymous said...

Salam semua,

Alhamdulillah. Ayat Al-Quran. Tetapi jangan gunakan ayat ni untuk labelkan orang munafiq dan sebagainya. Tak tau lagi siapa munafiq tak munafiq.

Yang kita tahu yang kena tipu pasal HUDUD tu PAS.

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails