Wednesday, September 09, 2015

Lapor SPRM Terhadap Nurul Izzah, Cubaan Beli Data 1MDB Yang Dicuri.

Pemuda Umno Lembah Pantai hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung satu artikel yang mengaitkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dengan cubaan membeli data 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri.

Naib Ketuanya Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz yang membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya berkata pihaknya mahu siasatan terperinci dan menyeluruh dijalankan terhadap Nurul Izzah berhubung pendedahan yang disifatkan sebagai suatu dakwaan yang serius.

Bercakap kepada pemberita, Tengku Zuhri, yang juga Exco Pemuda Umno, memaklumkan Setiausaha Umno Lembah Pantai Datuk Sazali Kamilan turut membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah berhubung perkara berkenaan.

Akhbar hari ini mendedahkan butiran siasatan kes membabitkan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo termasuk pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri, mendedahkan Nurul Izzah berminat membeli data mengenai 1MDB yang dicurinya pada tahun 2011.
Pengakuan itu menyebut, apabila Nurul Izzah menawar untuk membayar dalam bentuk kontrak yang bakal diperoleh sebaik pembangkang mengambil alih kuasa daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Justo menolaknya.

Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand atas kesalahan peras ugut, mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu. - Bernama, 8 September, 2015.

5 comments:

Anonymous said...

penjenayah makin terdesak. dr officeboy hingga timbalan sendiri....semua digasaknya. nk harap harundin ubatkn histeria org tu...dia pulak xcaya org tu penyamun yg sedang histeria.

dunia tanah melayu srmakin pelik

Anonymous said...

Terlalu bnyk baca msiakini dan TMI.. otak pun dah tk mampu nk berhubung.. lain kali cari sumber yg lain buat perbandingan ucapan Tgharun din.. atau saja2 buat tk paham..

Unknown said...

Harun Din pun sakit

Anonymous said...

Pokoknya mana duit 2.6b

Anonymous said...

Salam semua.

With all due respect, bukankah Tuan Guru Dr Haron Din yang kita hormati juga seorang manusia?? Manusia buat salah, tidak terkecuali beliau.

Beliau sendiri berkata mustahil duit RM 2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun Dato Seri Najib. Sekarang, Najib sendiri mengaku duit tu ada dah dibawa keluar ke Singapore pun.

Macam mana???

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails