Wednesday, September 09, 2015

DHPP Sedia Tanding Di Kerusi Guan Eng, Suatu Cabaran Kepada DAP/Amanah.

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia untuk bertanding di kawasan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Pengerusinya N Balasubramaniam berkata, kesediaan itu bagaimanapun adalah berdasarkan kepada arahan PAS sekiranya parti Islam itu ingin meletakkan calon DHPP di DUN Air Putih, Pulau Pinang.
"Kami bersedia. Kami ikut apa arahan parti. Ya, ya (bersedia bertanding di kerusi Lim).
"Kami dah pernah kalah banyak kali. Kami tak rasa takut atau segan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Semalam, Lim mempelawa PAS bertanding di kerusi yang diwakilinya iaitu di DUN Air Putih.
Pelawaan itu dibuat sebagai merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan parti itu bercadang meletakkan calon bukan Melayu dari DHPP di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini DHPP pernah meletakkan calonnya dalam pilihan raya umum ke-13 iaitu di Parlimen Ayer Hitam, DUN Tiram, Johor serta di DUN Asahan, Melaka. Namun mereka tewas di ketiga-tiga kerusi.
Sehubungan itu, Balasubramaniam berkata, beliau berterima kasih kepada Abdul Hadi kerana terus memberi kepercayaan kepada DHPP untuk bertanding dalam pilihan raya.
Malah, beliau juga memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan untuk dipertandingkan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
"Kami berterima kasih kepada presiden kerana dia beri kepentingan dan peluang kepada DHPP. Kami sebagai dewan penyokong PAS akan terus ikut apa arahan presiden.
"Kami memang dah bersedia dah. Setakat ini, beberapa tempat sudah dikenal pasti (untuk bertanding), kita dah ada beberapa tempat. Tapi belum boleh beritahu. Biar presiden yang umumkan. Tapi kami dah bersedia," katanya lagi. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu tamparan kepada semua kerusi DAP di seluruh Malaysia.  Sebagai balasan, DAP pula pastikan supaya Parti Amanah atau Parti Cangkul bertanding di semua Kerusi PAS seluruh negara. Apa macam?

14 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

Sebelum kita termakan dengan kenyataan HH yang ingin meletak calon PAS di semua kawasan DAP bertanding termasuk kerusi Guan Eng, amati dulu fakta ini. Kemudian nilai sendiri kenyataan HH itu masuk akal atau tidak.

Kita tengok kedudukan purata ahli PAS bagi setiap dun dulu. Dalam PRU 13, terdapat 445 kerusi Dun dipertandingkan. Maknanya, purata ahli PAS/ Dun ialah 2, 247 orang/Dun atau 6,024 orang/parlimen.

Kita tahu DAP bertanding di Dun atau Parlimen di pantai barat yang mempunyai jumlah pengundi cina yang besar. Now, bila bertanding di kawasan DAP tandingi, cukupkah undi ahli PAS untuk memenangkan calon PAS? Untuk menang dgn 1 undi sahaja PAS memerlukan undi sebanyak ( jumlah daftar pemilih/2 + 1) atau lebih. Dengan jumlah ahli PAS di kawasan2 ini jauh l3bih rendah drp purata jumlah ahli PAS/Dun, kat mana calon PAS nak cekau undi untuk mencukupkan undi ( jumlahdaftar pemilih/2 + 1) untuk menang.

Takkah kerja gila calon PAS pi buang duit begitu sahaja untuk kalah dan berkemungkinan hilang deposit? Fikir2kan lah....

Satu lagi fakta penting dari pengiraan diatas ialah kemenangn calon PAS samada di peringkat Dun atau parlimen adalah disebabkan oleh undi pengundi diluar parti PAS kerana jumlah ahli PAS sesatu Dun atau parlimen jauh lebih rendah dari undi yang diperlukan untuk menang dengan 1 undi!

Saya kemukakan contoh keputusan PRU 13 bagi Parlim3n Parit Buntar untuk k3fahaman bersama.


P.057 : PARIT BUNTAR
Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin (BN) - 17, 539
Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa (Pas) - 26,015
Majoriti - 8,476

N.08 : Titi Serong
Abu Bakar Mat Ali (BN) - 11, 045
Abu Bakar Hussian (Pas) - 12,839
Majoriti - 1,794

N.09 : Kuala Kurau
Mohd Salleh Mat Disa (BN) - 7,322
Abdul Yunus Jamahri (PKR) - 12,336
Majoriti - 5,014

Jumlah ahli PAS dalam Parlimen Parit Buntar = 4, 000 0rang.

Dari mana datang undi calon PAS = 26, 015 - 4,000 undi PAS = 22, 015 ?
Dari mana datang majoriti =8, 476 ? dari undi ahli PAS yang seramai 4K?
Jumlah ahli PAS dalam parlimen Parit Buntar adalah dibawah purata jumlah ahli PAS/ Parlimen dan hanya 10% drp jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. Inilah senario yang boleh dikatakan berlaku disetiap ke4usi Dun atau parlimen yang di menangi oleh PAS dalam PRU 13. Kemenangan itu dicapai semasa PAS dalam PR. Bayangkan keadaan sekarang dimana PAS bersendirian, berpecah dan mempunyai imej yang terok di mata rakyat samada melayu atau bukan melayu.

Tuqn Haji r3nung2lah fakta yang saya kemukakan diatas. Lebih elok dipanjangkan kepada lebai2 PAS dalam kepimpinan PAS supaya mereka boleh semak kedudukan PAS di selu4uh negara dalam PRU 14 nanti.

Anonymous said...

bro bat8.......jgn lupa...pas cakap 6k ahli baru masuk tiap bulan....tu sbb boleh menang suma dun nnti pru14...x perlu lagi cina ,india atau melayu atas pagar...hahaha....tp satu undi dr aku pas x kan dapat lagi next pru....hahaha tak pe ada 5999 undi baru ganti.....

bat8 said...

Anon 1:39

hehehe.....kalau HH paham agak2 dia cakap merapu macam tu tak? Bayangkan keadaan PAS sekarang yg dah berpecah. Kat Kelantan pun dh xselamat lagi mau sembang deraih ke?

IrWrWs said...

Dengan imej yg tidak amanah oleh MP dan ADUN AMANAH undi2 akan tetap kekal dgn PAS dicampur undi ahli umno yg dah berubah x mahu sokong BN yg terbukti x boleh diharap..

IrWrWs said...

Ke dah mula gabra tok guru lge hendak dicabar DHPP..?

Anonymous said...

Pas bertanding untuk mendapat keredhaan Allah, bukan kemenangan pilihanraya. Bila sudah masuk bertanding sudah dikira sebagai kemenangan. Ini semua pengikut Ayah Ping, kerajaang dari langit............

Abdul Said said...

Haji Hadi ni memanglah bukan pakar statistik ataupun matematiks. Kalau pakar pun tak boleh pakai juga sebab cakappun dah lama sangat merapu. Yamg hairannya orang-orang kaki bodek disekelilingnya tak berani nak tegur ke atau pun bagi fakta-fakta yang tepat. Atau pun yang kat keliling tuan presiden pun mabuk daun ketum jugak!!!

Anonymous said...

Ya ,tuan rusli, takada masalah, PAS nak menang pun menanglah,tapi kena ukur baju dibadan sendiri,IMEG yg paling besar pada rakyat ialah Tn presideng tuan ,yg jadi "serial" ponteng parlimen 3 sessi parlimen,Amanah kah dia dgn rakyat yg mengundi dia.Saorang ulamak yg tersohor pulak tu!!Imeg yg membuat perjajian dgn PR1.0 banyak yg dilanggarnya.Cuba cermin-cerminkan lah diri sebab kamu tu membawa IMEG ISLAM dan ulamak pulak tu!!IMEG islam jatuh disebabkan tuan presideng kamu.Bagi mereka2 yg tiada didikan agama,mereka boleh dididk lagi.

bat8 said...

Nko ni temberang je kuat wan rosli.....dikawasan DAP bertanding tu kawasan cina ghamai. Bila cina ghamai, ahli PAS dan UMNO kat situ xramai, kamu campor undi ahli PAS dgn UMNO pun xcukup nak cover.....nko pi check mana-mana kawasan dun atau parlimen yang DAP bertanding.

Setakat nak temberang......orang gila pun lagi kuat temberangnya....

Anonymous said...

DHPP nak tanding dikawasan DAP bat8 pula susah hati macam "babi gila" dia ni cina kafir dari DAP kok atau bangsa Melayu tapi nulari atau citarasa Cina.

Anonymous said...

Aku nak tunggu HJ HADI kata kami sokong UMNO/BN...
Bila gaknya beliau berani berkata deminian...
wa cabar lu HADI

Anonymous said...

ya anom 7:23pm,siapa pula yg susah hati,orng nak tolong bagitahu jgn membazir duit sahabat2 kita kat kelantan masih tak berumah lagi.jgnlah disebabkan perkauman yg tebal,mebuat kerja "kurang cerdik"eloklah duit2 itu menolong sahabat2 kita di sana.

Anonymous said...

Pak Hashim gelar Parti Amanah adalah Parti Cangkul .?
Orang tua mcam Pak Hashim mungkin ada masalah ejakulasi @ mental yg kronik.Klau kita dah mula bergelar2 dgn nama yg tak elok ..apa peliknnya klau ada orng sebut PAScai, parti cerai bini, Paspispus, Pasiku& dll.Lebih baik siarkan gmbar pompuan sexy @ cerita2 sensasi yg tentunya Pak Hashim amat expertise' .. saya amat keciwa klau melawat blog ini tanpa "itu' ...

Anonymous said...

Parti amanah awal awal tolak hudud sbb kawan kawan.amanah sgt la tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails