Sunday, September 06, 2015

Bai'ah: Henti Polemik, Serah Pada Pihak Berkuasa


SHAH ALAM – Pas menggesa semua pihak khususnya ahli mereka yang menyertai Parti Pekerja Malaysia supaya berhenti daripada mempolemikkan isu bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing dan menyerahkan kepada pihak berkuasa agama dalam menentukan hukum.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka yang terbabit meninggalkan parti itu perlu merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan hukum sumpah bai’ah tersebut kerana ia melibatkan hukum syarak.

“Perbincangan secara terbuka dengan menggunakan pelbagai pandangan akal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan anggota masyarakat.
“Oleh kerana ia melibatkan hukum syarak yang mempunyai banyak implikasi, maka wajar bagi mereka menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun mengingatkan mana-mana ahli parlimen dan Adun Pas Kelantan supaya merujuk semula sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu.

Menurutnya, sumpah bai'ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan yang mana semua wakil rakyat, sama ada di peringkat parlimen atau negeri, mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Pas.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga mengingatkan mereka yang terlibat agar melihat kembali ikrar yang pernah dilafazkan sebelum ini dan ia perlu dipatuhi.

“Pas tidak membeli ketaatan dengan duit. Pas memberi kepercayaan penuh kepada calon-calonnya, termasuk kerusi-kerusi selamatnya, melalui lidahnya berdasarkan bai'ah mereka dengan ALLAH.

“Pas meletakkan kepentingan perjuangan parti setara dengan keluarga dan orang tersayang, dan berharap mereka yang berbai'ah tidak mengkhianati kedua-duanya pada masa yang sama,” ujarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Hatta perlu beri penjelasan kepada mahkamah]

Tuan Ibrahim berkata lagi, walaupun mereka yang melanggari sumpah tersebut boleh membayar kifarat, namun bekas ahli Pas itu tidak terlepas dari janji dan ikrar yang pernah dilafazkannya.

“Saya berdoa semoga semua kita terlepas dari kemurkaan dan laknat ALLAH, para malaikat dan seluruh orang yang beriman,” katanya lagi. (SH)

7 comments:

hma said...

Inilah hasilnya bila buat sesuatu tak fikir panjang, tak fikir apa kebaikan dan keburukan.. bila ada bai'ah macam ni pastu ada yang langgar apa jadi.. mana kebaikannya.. orang bukan Islam kata apa.. mana yang dikatakan Islam itu rahmah?

Anonymous said...

Geng haru biru dah puak parti baru ... ......... .mungkin nanti depa nak buat mazhab hatta agama baru pula ........... semuanya bertitik tolak dpd perasaan kecewa dan tak puas hati serta dendam tak sudah !

Anonymous said...

Ingatlah Iblis jadi terlaknat, kerana kecewa, tak puas hati dan angkuhnya, kerana Adam a.s. dimuliakan mengatasinya.
Belajarlah kita menjadi manusia manusia yg tenang, tawaddu', penyantun, sabar dan berlapang dada, yg merupukan ciri ahli Syurga.
Dan jauhilah sifat sifat, kasar, degil keras kepala dan angkuh, yg merupakan sifat sifat ahli Neraka, na'uzubillah.

Walau pun sumpah-bai'ah-taklik tu bukan sesuatu yg baik, tp ianya sah dan ada kesannya. Nasihat yg baik, serah sahaja kpd pihak berkuasa.

bat8 said...

Tuan Haji

Perkara pertama ialah adakah statem3nt TITM ini mewakili pandangan HH kerwna dalam PAS sekarang, keputusan dasar parti hanya dit3ntukan oleh HH.

Kedua ini hanyalah helah untuk m3nghentikan kecaman yang diterima oleh PAS dari pelbagai arah akibat baiah takliq talak 3 ini. Bayangkan PAS telah menggunakan isu ini dengan ganas untuk menyerang wakil rakyatnya yang menyertai PAN s3hingga sampai ketahap membubarkan perkahwinan Dr Hatta Ramli s3cara unilateral - apabila menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak, bila terasa tersepit dgn tindakan kejam sendiri menggunakan ugama - TITM keluarkan statem3nt minta hentikan polimek yang dimulakan oleh PAS!!!...

Amat memualkan!!!....begitu murahnya ugama diguna oleh lebai2 PAS untuk mendapat keuntungan politik. Persoalannya sekarang Allah tu xde ke dalam kamjs lebai2 politik dari PAS ini. Tengok video HH yang mengulas isu ini.....begitu angkuh dan sombong...beginikah akhlaq ulamak besar dalam politik Islam?

Anonymous said...

Haji hadi salah org pas salah yg pelik nya kenapa ia baru menjadi salah sbb putus dgn dap hari tu.sebelum tu tak salah.jd hj hadi walaupun mmg sombong n suka bercakap mcm tu sejak azali tak salah yg menjadi kesalahan adalah kerana berpisah dgn dap.yg menjadikan pas tiba tiba jd tak relevan adalah krn berpisah dgn dap.hj hadi tak kata dap tu tak penting tp mereka yg buat provokasi sampai berlaku perpecahan.mereka barangkali ada agenda mereka sendiri yg kita tak tahu.begitu hj hadi n pas juga yg salah dan hina.mana yg lebih utama dap ke hudud.mereka ada fikiran lain ok la buat la parti baru tp dgn mengutuk pas n hadi adalah kerja yg tdk betul mcm mereka sj yg betul.padahal mereka tak ada modal sgt utk meneruskan parti mereka tampa mengutuk pas n hadi.kelak org akan dpt menilai juga siapa yg benar

Anonymous said...

Anon 8.62.sikap seperti kau inilah yang menjadikan aku san kebanyakan ahli jadi haru hijau.pandangan kau tak bolih menjernihkan keadaan malahan semakin serabut,kau ni sebab dendam dan dengki mudah je tulis nak mazab baru lah agama baru lah ,kau ni faham tak beza antara politik dan agama? kalau kau tak faham inilah jadinya .nampak macam cerdik tapi takda ilmu.aku tak kata kau bodoh.

Anonymous said...

HH ialah presiden yg dilantik. Yg x setuju dah pun keluar, yg setuju terus bersma.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails