Tuesday, December 31, 2013

AJK PAS P.Pinang 2013-2015: Al-hamdulillah Moga Makin Mantab.

Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu

PAS Pulau Pinang bentuk jawatankuasa 2013-2015
PULAU PINANG: PAS Negeri Pulau Pinang selesai melantik ahli jawatankuasa sesi 2013-2015 dalam mesyuarat yang diadakan semalam.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man (Timbalan Pesuruhjaya 2) manakala mantan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin (Timbalan Pesuruhjaya 3).

Jawatan setiausaha diamanahkan kepada penolong setiausaha PAS negeri sesi lepas, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria, Bendahari diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Iszuree Ibrahim, Ketua Penerangan diamanahkan kepada Rosidi Husein manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya diserahkan kepada mantan Ketua Penerangan sesi lalu, Bukhori Ghazali.

Selain itu ahli jawatankuasa yang turut dilantik ialah Zulkifli Md Lazim, Zulkiply Ishak, Yusof Mohd Noor, Ahmad Jailani dan Fadhil Kemi.

Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, dalam wawancara dengan Harakah baru-baru ini menyebut baginya yang penting ialah hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Sebab itulah, beliau mengambil sikap menyatukan semua aliran pemikiran dalam PAS untuk bersatu tenaga memajukan PAS negeri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Al-hamdulillah, semoga PAS Pulau Pinang makin mantab. Insya Allah.

IKLAN    


Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA.  
   
Wakil Penjual:
 

Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),


W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
 

Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star), 
 

Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

1 comment:

Anonymous said...

Mantop bersengkokolan Bawah telunjuk DAP hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails