KL: HarakahDaily melaporkan, seorang aktivis pelajar Mesir, Muhd. Abdul Malik Abdul Karim menyifatkan laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Dalang Konflik Mesir Didedah" sebagai boleh mencetus kekeliruan. Sinar Harian (SH) mengadakan wawancara eksklusif bersama saintis politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Dr Mohammad Selim (MS) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia.
Menurut Muhd. Abdul Malik, laporan yang memuatkan temubual dengan seorang pensyarah Universiti Kaherah, Prof.Dr.Mohammed Salem itu sarat dengan fitnah dan penipuan kepada Ikhwan Muslimin dan seluruh rakyat Mesir yang menuntut hak.
"Seriusnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor yang saya tidak kenali ini suatu yang bahaya dan akan meracuni sekian ramai pembaca Sinar Harian di seluruh negara.
"Kenapa Sinar Harian tidak menemubual ribuan lagi pensyarah-pensyarah dan pakar yang tidak berpihak kepada mana-mana golongan yang cukup dikenali seperti Dr.Bakeenam Syarqawi, Dr.Jamal Gibril, Dr.Saifuddin Abdul Fattah yang sumber mereka ini boleh dipercayai tanpa memihak kepada Ikhwan atau Mursi," katanya melontar persoalan.
Dalam temubual itu, Mohammed Salem dilapor berkata, para peserta himpunan yang membantah rampasan kuasa di Mesir didapati bersenjata dan mengancam pihak keselamatan. Penyarah itu juga mendakwa penyokong Morsi menghalang laluan jalan raya di sekitar Rabaah dan Nahdhah.
Antara petikan temubual akhbar itu menyebut:
Soalan: Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman?
Salem: Bagaimanapun kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis.
Mengulas lanjut, Abdul Malik mempersoal, jika himpunan yang dilakukan oleh penyokong Mursi kerana menghalang laluan dan jalanraya, adakah situasi ini tidak berlaku di dataran Tahrir dan hadapan Istana Ittihadiyah, dua lokasi himpunan anti-Morsi sebelum dan selepas 30 Jun?
"Berulang kali saya jelaskan dalam siri ceramah bahawa perancangan jahat polis memasukkan senjata api dan peluru ini dilonggokkan di dalam khemah-khemah sementara penyokong Morsi selepas mereka berjaya membunuh tuan khemah.
"Lalu dipanggil media-media tempatan bagi menunjukkan 'bukti' bahawa rakyat di Raba'ah memiliki senjata api dan ia didedahkan oleh Al-Jazeera bahawa operasi memunggah masuk senjata-senjata ini ke dalam Raba'ah menggunakan ambulans pada pagi operasi 14 Ogos lepas," katanya.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
2 comments:
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Tq. Al-hamdulillah.
Post a Comment