Sunday, August 25, 2013

Buka Laluan Untuk Lekuk Baru PAS? – Zulkifli Sulong


Kata Aluan buku Menuju PAS Baru – Zulkifli Sulong


SAYA mula mengenali Dr Mujahid Yusof ketika kami bersama-sama mewakili NGO di Malaysia dalam persidangan Belia Islam Asian di Jakarta, Indonesia pada pertengahan tahun 1990an lalu. 

Dalam persidangan itu, Mujahid telah dipilih sebagai salah seorang moderator dalam bengkel yang diadakan. Kebetulannya bengkel itu adalah mengenai media. Sebagai pengamal media, saya antara peserta yang aktif memberikan pandangan dalam bengkel yang dipengerusikan oleh Mujahid itu.

Sejak itu, selepas pulang ke Malaysia kami menjadi rapat. Hubungan kami tambah erat apabila Mujahid dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS. Lajnah yang asalnya tidaklah penting mana, telah menjadi satu entiti yang sangat penting dalam PAS.

Sejak sekian lama, PAS berusaha untuk memecahkan temboknya dengan orang bukan Islam sama ada Cina atau India. Ia bermula sejak pertengahan tahun 1980an lagi apabila CCC dibentuk. Namun, singkatan ini benar-benar membawa nasib tidak baik sebagaimana maksud CCC dalam bahasa Mandarin itu sendiri iaitu mati-mati-mati. CCC mati begitu sahaja.

Apabila Mujahid dilantik menjadi Pengerusi lajnah atau biro Perpaduan Nasional ini, beliau telah berjaya membentuk satu struktur organisasi yang baik dalam menghubungkan PAS dengan orang Cina dan India. Kemuncak dari hubungan baik inilah lahirnya apa yang dinamakan sebagai Kelab Penyokong PAS (KPP) menjelang pilihan raya 2008. Apabila Hindraf terbentuk dan orang India bangkit menentang BN, KPP telah berjaya membina tapak yang baik untuk mereka aktif menyokong PAS dalam pilihan raya umum 2008.

Begitu juga orang Cina. Mereka bersama-sama menyokong PAS dalam pilihan raya tersebut dan menghasilkan lima negeri untuk Pakatan Rakyat yang di dalamnya adalah PAS. Ekoran perkembangan baik itu, Mujahid sekali lagi bertindak mengikat para penyokong PAS ini dengan membawa mereka terus menjadi ahli PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ia berlaku dalam bulan Mei 2010. Dalam muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu Jun 2010, DHPP mula menghantar perwakilannya.

Inilah sebenarnya kelebihan Mujahid. Beliau berjaya mencipta organisasi dan struktur sebenarnya. Bukan sekadar membawa orang menyokong PAS tetapi berjaya membina struktur untuk mereka bergerak secara berperlembagaan. Melalui buku ini, Mujahid terus berteori tentang struktur kepimpinan PAS.

Apa yang beliau tulis ini bukan berdasarkan pengalaman peribadi beliau semata-mata tetapi berdasarkan pengalaman dan ilmu yang beliau timba dari ayahnya Allahyarham Yusof Rawa, bekas presiden dan mursyidul am PAS. Buku ini juga adalah hasil kajian Mujahid melalui tesis PhD yang beliau buat. Kajian beliau adalah tentang organisasi PAS itu sendiri. Melalui pengamatan dan kajian beliaulah terhasilnya teori lekuk dalam perubahan kepimpinan dalam PAS.

Tulisan Mujahid ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Tetapi dengan latar belakang akademik beliau (ijazah pertama dalam pengajian Islam dari universiti di Mesir dan PhD dalam bidang pengurusan organisasi dari universiti tempatan) agak sukar mana-mana penentang teori ini untuk menolak mentah-mentah pandangan Mujahid ini.

Pendek kata, Mujahid adalah hasil dari penegasan yang dibuat oleh presiden PAS yang paling dihormati, Datuk Fadzil Mohd Noor. Ketika hayatnya, ketika dilihat berlakunya pertembungan antara ulama dan profesional dalam PAS, Ustaz Fadzil telah datang dengan penegasan, apa yang perlu dibuat oleh PAS adalah mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama.

Mujahid adalah salah seorang yang lahir dari penegasan Ustaz Fadzil ini. Kini Mujahid datang dengan teori kepimpinan baru PAS selepas dua lekuk berlalu. Persoalannya adalah apakah kepimpinan PAS yang ada sekarang akan membuka laluan untuk lekuk baru ini atau berlakunya resistan dan akhirnya perubahan akan berlaku dalam suasana yang tidak enak.
Masa yang akan menentukannya.  Oleh Zulkifli Sulong

IMG_2110



Biodata Mujahid Yuaof Rawa 
 DATUK Dr. Mujahid Yusof Rawa, 49, anak kelahiran Pulau Pinang merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Parit Buntar, Perak sejak 2008. Beliau merupakan anak bongsu kepada Mursyidul Am PAS yang pertama iaitu Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa dari 1982 sehingga 1989. Beliau mewarisi kepimpinan bapanya dengan menyertai politik demi cita-cita mahu menyumbang kepada tanah air yang dicintai bertunjangkan Islam sebagai asas dan dasar perjuangan.


Berkelulusan Ijazah BA Bahasa Arab dan Sastera daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Masters) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia. Akhirnya beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syar’iah daripada Universiti Malaya.

Buat julung kali terpilih sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat pada 2005, jawatan tersebut disandang sehingga kini. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dan posisi itu telah memberi ruang kepadanya menerokai platform pembentukan Kelab Penyokong PAS pada 2004 yang berakhir dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada Mei 2010. Usaha bersungguh beliau dan rakan-rakan yang tidak kenal erti jemu ini telah berjaya menarik minat masyarakat bukan Islam kepada PAS yang selama ini dianggap sebagai parti masyarakat Melayu-Islam semata-mata.

Sebelum terlibat dengan politik sepenuh masa, beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Multimedia, Melaka. Selain keterlibatan politik, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan seperti memegang pelbagai jawatan dalam NGO termasuk mewakili negara dalam banyak misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa serta menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah.

Selain itu beliau juga aktif melibatkan diri dengan pelbagai forum, wacana, debat dan dialog antara agama di peringkat Malaysia mahupun di peringat antarabangsa. Pada awal tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai pengerusi pertama bagi South East Forum for Interfaith Networking for Peace (Forum Dialog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara).

Beliau juga aktif menulis artikel dalam pelbagai isu dan telah menulis lebih 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah, Masjid dan Peranannya, Khilaf Satu Fenomena, Global View of Islam, Moral Ethical Studie, Permata dari Pulau Mutiara, Dictionary of Arabic Phrase-Bahasa Malaysia, Wajah Baru Politik Malaysia, Kita Kan Orang Malaysia, Menuju PAS Baru, Rejuvenasi PAS, Aren’t We All Malaysiandan buku terbaru beliau, Malaysia Pasca Rasisme dan Berdialog dengan Gereja.

Beliau boleh diikuti melalui Facebook Dr Mujahid Yusof RawaTwitter @mparitbuntar dan Instagram mujahidyusofrawa 
(IH) 
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

5 comments:

Anonymous said...

Kekuk-lekuk baru PAS kini ditunjangi oleh kehendak dan aspirasi DAP yang anti-Islam.

Anonymous said...

BN Ditunjangi syaitanir Rajimm.

bat8 said...

Tuan,

melihat perkembangan PAS sekarang, saya merasakan bahwa PAS sedang berada di satu persimpangan yang perlu dibuat muhasabah oleh pucuk pimpinan tertinggi. kepimpinan ulamak yang mendasari PAS sejak mengambilalih pucuk pimpinan dari Almarhum dato Asri dulu sudah mula kehilangan "steamnya". Sekarang ini mereka terhenti dipersimpangan tersebut, tidak maju kehadapan. kadangkala, tergelongsor kebelakang.

Ini adalah satu fenomena biasa bagi mana-mana organasasi. PAS ssudah menjangkiti penyakit UMNO Baru.

Kepimpinan Ulamak perlu membuat dan mencari arah perjuangan yang baru bersesuaian dengan tuntutan masa dan perubahan disekeliling. Arah perjuangan sebelumnya sudah menjadi obslete dan sudah menampakkan kekunoannya hari ini.

PAS perlu berubah mengikut perkembangan masa kerana itulah sifat Islam yang menjadi dasar perjuangannya. Atau menghadapi zaman-zaman gelap dalam PRU 14 nanti.

Yang saya pasti, PAS akan kehilangan Kelantan dalam PRU 14 nanti. Ulamak-ulamak kuno (seperti Uztaz Din ayam dan kawan2nya,Ustaz harun Taib dan geng kerajaang perpaduangnya) yang sudah tidak relevan akan menguasai PAS.

Yang pasti, saya seperti penyokong-penyokong PAS yang berada diluar parti sejak remaja akan beralih arah dari PAS yang akan menjadi kembar siam UMNO baru. Sokongan rakyat bukan Islam yang dinikmati oleh PAs sekarang ini akan hilang dalam PRU 14. Sesungguhnya Islam akan kerugian kerana ada segelintir pemimpin-pemimpin PAS yang bergelar ulamak sudah lupa akan tugas warisatul anbiyak - sudah menjiwai perjuangan UMNO baru

Anonymous said...

saudara bat8....pandangan tuan ada asasnya terutama pada kami yang menentang penyekutuan PAS dan DAP yang banyak menimbulkan maslahah walaupun ujudnya tahaluf siyasi !

air gunung said...

Keh keh keh.ape punya hujah daaaa.mcm budak2.pandai basuh kencing ke kao nehh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails