Media dilabel melaporkan berita palsu membabitkan angka sebenar peserta protes.
Jurucakap pertubuhan itu berkata, jumlah kehadiran penunjuk perasaan yang sebenar meningkat mengikut kawasan dan momentum di seluruh negara. Kumpulan itu mengaku memantau bilangan penunjuk perasaan dan menegaskan lebih ramai berhimpun pada Jumaat Syahid berbanding perhimpunan Jumaat Kemarahan.
"Penyokong presiden digulingkan Mohammed Mursi berhimpun di seluruh negara untuk menuntut semula kepimpinan beliau," katanya.
Sejak 3 Julai lalu, Mesir dilanda gelombang demonstrasi berpolitik apabila tentera yang mengambil alih kerajaan menggulingkan Mursi. Kerajaan sementara Mesir dilaporkan turut melancarkan tindakan keras terhadap penyokong setia Mursi dan menahan lebih 2,000 ahli parti Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpinnya, Mohamed Badie pada 20 Ogos.
Kekecohan yang dicetuskan tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi, juga didakwa membunuh hampir 1,000 orang pada 14 Ogos. Malah, pembunuhan beramai-ramai itu juga mencetuskan kritikan antarabangsa dan mendorong pertubuhan badan dunia untuk mengadakan siasatan bebas membabitkan isu keganasan. - PressTV
Media dilabel melaporkan berita palsu membabitkan angka sebenar peserta protes. (SH)
No comments:
Post a Comment