Friday, August 30, 2013

Restoran Tema Hospital Pancing Pelanggan. Kreatif?

DUA pelayan berpakaian seperti jururawat menunjukkan juadah yang terdapat di Restoran Hospitalis di Latvia.

JOM KREATIF
RIGA - Sebuah restoran yang bertema hospital dibuka di Latvia baru-baru ini bagi memancing pelanggan yang meminati kerjaya sebagai doktor dan jururawat, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Pelanggan juga boleh menyewa jaket doktor atau seragam jururawat untuk dipakai semasa menikmati hidangan di restoran itu. Restoran unik berkenaan dikenali sebagai Hospitalis. Hidangan boleh dimakan di dalam ruang bertemakan bilik pembedahan atau kerusi doktor gigi.

Malah, restoran berkenaan turut menyediakan ruang makan menyerupai bilik pemeriksaan ginekologi. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menikmati hidangan dengan disuap oleh pelayan yang memakai seragam jururawat. - Agensi

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails