Monday, August 05, 2013

Menantu A/Hadi Jawab, Sedia Buktikan Sabotaj Dalam PAS




NONEMENANTU presiden PAS Zaharudin Muhammad menegaskan beliau sedia tampil dan menyerahkan bukti kepada Jawatankuasa Displin parti berhubung dakwaaan wujudnya usaha sabotaj dalaman parti secara terbuka pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi respon berhubung aduan displin yang dibuat oleh anggota PAS seumur hidup Zulhazmi Shariff baru-baru ini kerana didakwanya tidak menepati prosedur.

"Dua hari ini gajet saya meriah dengan para wartawan. Mereka ingin mendapatkan maklum balas berhubung status seorang lawyer (peguam) bernama Zulhazmi yang kononnya membuat laporan disiplin. Laporan itu tidak menepati prosedur dan tidak perlu saya respon.

"Namun jika ada laporan disiplin yang sah dan saya dirujuk kepadanya, Insya-Allah saya sedia tampil bersama bukti yang telah saya nyatakan sebelum ini dan saya menegaskan bahawa syaratnya mestilah tindakan diambil," kata Zaharudin (kanan).

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya tengah malam tadi. Pada Jumaat lalu, Zulhazmi (bawah) membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan Zaharuddin kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.
Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti. Katanya, jawatankuasa displin perlu menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin itu dan jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat.

Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi bapa mertuanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR. Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk mendapatkan reaksi mengenai status aduan tersebut tetapi setakat ini belum mendapat maklum balas. (MK)

Berita sebelum ini.. 
JK disiplin perlu ambil tindakan terhadap menantu Hadi

KUALA LUMPUR: Seorang anggota seumur hidup PAS membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu presiden, kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

Dalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi.

Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Beliau merujuk tulisan Zaharuddin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.

"Berdasarkan tulisan tersebut sangat jelas, terang dan nyata bahawa Saudara Zaharudin Muhammad menyebut dan membuat tuduhan terbuka bahawa ada unsur-unsur sabotaj dalaman semasa Pilihan Raya Umum ke-13, malah usaha sabotaj tersebut bertujuan menjatuhkan presiden dan timbalan mursyidul am (Datuk Haron Din).

"Ini adalah suatu tuduhan yang berat secara terbuka yang boleh menyebabkan pelbagai spekulasi buruk terhadap mana-mana pimpinan PAS mahupun ahli-ahli biasa PAS dan secara tidak langsung memberikan imej negatif terhadap PAS sendiri," surat itu dipetik.

Malaysiakini sudah menghubungi Zaharuddin (atas) bagaimanapun belum terdapat reaksi diberikan setakat ini. - Malaysiakini

Lihat sebelum ini... 
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails