Wednesday, August 07, 2013

Kuasa Melayu, Tiada Beza BN atau Pakatan -Lee Kuan Yew:

PERDANA Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew (gambar) berpesan kepada mereka yang mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) dalam membentuk dimensi baru hubungan antara kaum di Malaysia.

Adakah PR mampu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dengan merampas Putrajaya?
Membincangkan hal itu, peluang parti pembangkang untuk berkuasa adalah satu kisah yang panjang. Tidak lupa juga kemelut dalaman parti komponen dalam PR iaitu PAS, PKR dan DAP.

Beliau melabelkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kumpulan yang suka mengambil kesempatan dan mempunyai gambaran yang kurang jelas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Kelemahan dalam PR bukan sesuatu yang mengejutkan kepada pemerhati politik malah kepada pemimpinnya sendiri seperti Lim Kit Siang dan Anwar. Biarpun pernah berlaku perselisihan faham di antara kerajaan Malaysia dan Singapura, kerajaan PAP Singapura lebih selesa berhubung dengan BN dari konteks pelaburan yang telah terjalin sejak empat dekad dalam pelbagai peringkat.

Agak mengejutkan, Lee mengenepikan PR. Katanya dalam sebuah buku yang dilancarkan semalam “One Man’s View of The World” sambil menambah asalkan PR tidak menguasai Putrajaya dan tidak melaksanakan polisi pelbagai kaumnya,

“Apabila berdepan dengan masalah, PR tidak dapat lari dari slogan ketuanan Melayu. Penipuan disebarkan dan di situlah bemulanya permasalahan dalaman.
“Jika benar PR ingin melakukan perubahan, PAS sebuah parti Islam meskipun tidak memegang kerusi majoriti dalam Pakatan, sekurang-kurangnya mereka boleh berunding untuk berkongsi kuasa yang dapat mengukuhkan lagi PR.
Dalam usaha itu, PAS boleh memberi tekanan kepada Umno sebagaimana mereka sedang ditampar hebat oleh orang Melayu sendiri,” katanya.

PR memenangi 89 kerusi Parlimen pada Piihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menafikan penguasaan dua pertiga BN bagi penggal kedua berturut-turut. PR juga mengukuhkan kuasa dengan merampas dua negeri gergasi ekonomi Selangor dan Pulau Pinang serta memperoleh undi popular 51 peratus.

Salah satu isu yang ditekankan dalam manifesto PR ialah pengagihan hasil negara secara saksama. Anwar dan pemimpin pembangkang lain menolak polisi yang diperkenalkan kerajaan kerana keuntungan polisi itu akan kembali kepada ahli kanan Umno dan keluarga mereka. - 7 Ogos 2013.(MI)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura

1 comment:

Anonymous said...

tak usah le peduli dgn minda dan tulisan orng tua yg sewaktu gan che det ni..
tak kemana..pun..tu le klu kita memuja sangat gan manusia manusia yg kita fikir baik and berwibawa kononya sdangkan disebaliknya

jgn kira umur tu panjang tak mati bertemu RABB

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails