Wednesday, August 07, 2013

6 Pelacur Kanak-kanak Di Melaka? KPWKM Nafi


KPWKM Nafi Penahanan Enam Pelacur Kanak-Kanak Perempuan di Melaka

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan penahanan enam kanak-kanak perempuan di Melaka, yang didakwa menjadi pelacur, seperti laporan sebuah akhbar tempatan pada Ahad.

Menterinya, Datuk Rohani Karim berkata agensi penguatkuasaan Melaka seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Dadah Kebangsaan mengesahkan tiada sebarang kes membabitkan penahanan kanak-kanak perempuan sewaktu operasi antinarkotik.

"Bagaimanapun, pihak PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka mengesahkan satu kes seorang kanak-kanak perempuan yang melarikan diri dari rumah dan disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta aktiviti seksual.
"Kanak-kanak ini telah diselamatkan dan ditempatkan di sebuah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjalani program pemulihan," katanya menerusi satu kenyataan malam Isnin.

Kementerian itu merujuk laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertajuk 'RM20- that's the going price for a child prostitute'. -BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Tak yah nak sorok la, rakyat tahu dah aktiviti tradisi ni memang ada di Melaka, dalilnya buleh tanya mantang mantang KM, kalau mereka boleh bercakap bener

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails