Saturday, June 01, 2013

Sungai Rejang, Tali Putus 2 X...

Foto 
PASUKAN Marin Polis cuba menarik bot ekspress yang karam.

Belaga: Usaha menarik keluar bangkai bot ekspres Kawan Mas yang karam di Tanjung Giam Bungan, Sungai Rejang, di sini, yang memasuki hari keempat semalam, gagal dan ditangguhkan hingga Isnin ini.
Operasi ditangguhkan selepas dihentikan jam 4 petang semalam berikutan kegagalan mengapungkan bot berkenaan dengan bantuan dua tongkang berkuasa tinggi.

Arus Sungai Rejang yang terlalu deras turut menyukarkan pasukan penyelam memasang kabel pada bot berkenaan, manakala enjin tongkang pula mengalami masalah selepas dikerah selama tujuh jam menarik bangkai bot ekspres yang tersangkut di dasar sungai.

Pegawai Medan Operasi yang juga Ketua Polis Daerah Belaga Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, operasi hari keempat semalam bermula jam 9.10 pagi dengan sebuah tongkang digunakan untuk menarik bangkai bot.

Bagaimanapun, pada jam 11.45 pagi tali yang digunakan untuk menarik bangkai bot berkenaan terputus menyebabkan operasi terhenti seketika. (myMetro)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails