Monday, May 27, 2013

Sekarang Tiada Judi, TOTO, Loteri Dll Di K'tan, Tiada Masalah Pun..

 
Sebelum 1990 kedai Toto boleh dilihat di Kelantan

KUALA KRAI: Sebelum 1990 di bandar-bandar besar di Kelantan kita boleh lihat ada kedai menjual Toto dan Loteri Kebajikan Masyarakat. Begitu juga di Bandar Kuala Krai boleh dilihat pelanggan keluar masuk kedai Toto. Ia menjadi pemandangan biasa ketika itu.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, lebih malang lagi anak-anak penduduk tempatan juga bekerja di premis itu sebagai kerani.

“Bagi mereka yang berusia sekitar 40-an ke atas tentunya masih ingat lagi ada kedai menjual Toto ada di bandar Kuala Krai.
“Lebih malang lagi anak-anak kita juga yang bekerja sebagai kerani di premis berkenaan,” katanya pada ceramah kesyukuran anjuran seorang aktivis PAS di Dataran Hijau Kampung Laloh malam semalam.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Mohd Nawi dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman. Seekor kerbau dikorbankan bagi jamuan orang ramai yang datang mengikuti program berkenaan. Jamuan bermula pada sebelah petang.

Program ceramah bermula agak lewat bagi memberi laluan orang ramai yang hadir menonton perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dan Terengganu melalui skrin besar yang disediakan. Hanya setelah Kelantan menang 4-1 ke atas Terengganu barulah program ceramah dimulakan.

Mohd Fauzi juga berkata, biar pun kerajaan BN membina beberapa prasarana sebagai menunaikan janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai, namun undi diperolehi pada pilihan raya umum 5 Mei lalu meningkat berpuluh kali kali ganda iaitu daripada 65 kepada 1,633 undi.

“Biar pun BN membesar jambatan menghubungkan Kampung Manek Urai baru dan lama serta membina beberapa prasarana lain namun undi yang diperolehi calon PAS bertambah besar.
“Malah saya difahamkan ada pihak membahagikan duit kepada pengundi bagi memenangkan calon BN, namun parti itu ditolak majoriti rakyat,” katanya.

Premis kedai Toto diharamkan di Kelantan selepas PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih pentadbiran negeri pada akhir 1990 daripada kerajaan BN. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekarang tiada judi TOTO, loteri dan lain-laini Kelantan tiada masalah apa-apa pun.

2 comments:

Anonymous said...

mmg tiada judi ekor 4d, toto, etc tp laga ayam, laga ikan, judi haram kedai kopi masih berlambok, kirim kat teksi ke sempadan perak pe cerita...tak yah cakap besor dihapuskanlah, masih banyak judi weiii

Anonymous said...

cuba lah haram kan judi toto,magnum,kuda kat slangor pulak pas+pkr dah dpt adun islam 25 org, apasal tak berani buat pulak, takut Dap ke..hehehe.. pas cakap pun tak da mulut dh kena jahit , jgn jadi munafik...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails