Sunday, May 26, 2013

Yakin Lagi Banyak Dibelanja Unt. Rakyat S'ngor -Iskandar Samad


 
SHAH ALAM: Bekas Exco Selangor, Iskandar Samad (gambar) yakin pada penggal kedua ini lebih banyak dana akan dibelanjakan di Selangor agar kemudahan dan pekhidmatan yang diterima rakyat berpadanan dengan Selangor sebuah negeri yang termaju di Malaysia.

Selaku Adun Chempaka, beliau sendiri merasa lega apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berjanji akan memperbaiki kelemahan beliau sebelum ini setelah mengaku beliau memang kedekut.

Katanya, Pakatan Rakyat telah menang besar di Selangor walaupun masih terdapat banyak rungutan tentang longkang-longkang yang pecah, jalan-jalan yang berlubang, kemudahan awam yang tidak sempurna dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan yang masih perlu diperbaiki.

"Rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat. Oleh itu kita tidak seharusnya mensia-siakan keyakinan mereka," kata Iskandar dalam kenyataannya.

Beliau melihat permintaan rakyat ini bukanlah untuk bermewah-mewah tetapi adalah keperluan asas yang diharapkan oleh seorang pembayar cukai.

"Membelanjakan duit rakyat untuk perkara-perkara tersebut bukan satu tindakan menyalahguna duit rakyat malah sekiranya duit rakyat tidak dibelanjakan walhal keperluan mereka masih belum dipenuhi maka ianya adalah satu pengabaian kepada amanah yang dipikul," kata Iskandar yang sebelum ini adalah Exco Perumahan kerajaan negeri Selangor.. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails