Friday, May 31, 2013

Wah Seksinya, Keluaga Pemimpin Islam, Di M'sia (Negara Islam?)..


KEMASKINI

UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK TAIB SEKELUARGA ???
SYABAS! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!

Sarawak Report tidak menyalahkan pengambilan alcohol, tetapi meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.


Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud. 

Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia. Mungkin Taib sekeluarga selalu memikirkan bahawa mereka berada di atas undang-undang, di mana mereka menggubal undang-undang hanya untuk dikenakan ke atas orang lain.

Kami ingin mencadangkan kepada Taib untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagaimana beliau harus mendidik ahli-ahli keluarganya, meneladani kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Elia, seperti mana yang kita ketahui pada entri terdahulu merupakan pewaris kepada harta yang bernilai berjuta-juta ringgit yang diterimanya daripada bapa saudaranya Taib, dalam bentuk tanah-tanah yang dirampas dari orang-orang asal. Justeru itu, Elia sudah pastinya telah melanggar undang-undang.

Pakcik Taib, kami ada menyimpan banyak lagi gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga pakcik yang menunjukkan mereka berpakaian menjolok mata, gelas-gelas alkohol, barangan-barangan kemas mereka, walaupun pakcik sering berkhutbah sebagai seorang Muslim (mengalahkan seorang imam), tetapi akan menyebabkan mereka merasa marah terhadap pakcik.

Sumber :http://www.sarawakreport.org/2011/02/one-law-for-the-taibs-and-another-for-everyone-else/
             http://www.sarawakreport.org/ms/2011/02/undang-undang-khas-untuk-taib-sekeluarga-dan-lain-pula-untuk-orang-kebanyakan/
(Diangkat dari Blog Gaya Peneroka) 

Komen Weblog Ibn Hasyim: Ada banyak lagi macam tu, bukan di Malaysia Timur saja, di Malaysia Barat pun banyak.. Itulah gaya hidup keluarga pemimpin Islam di Malaysia, yang kononnya menjadi Negara Islam contoh di dunia? Muka tak malu!!

TAMBAHAN 
Benarkah Lelaki Ini Anak Nazri Aziz Menteri JPM?



Boleh klik gambar.. besarkan..
SUDAH lama tersebar di internet. Gambar anak lelaki Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Benarkah itu anaknya? Mana komen dan teguran Mufti atau Imam UMNO? Gambar biadap, lucah dan tak senonoh, apakah itu menjadi kebangsaan UMNO, puteri bahkan wanitanya? Tiada dengar pembelaan dan penafian pun?

4 comments:

Anonymous said...

Melayu tak mesti nya ISLAM....
Ramai kaum melayu kita hanya lahir sebagai orang Islam tetapi hakikat nya mereka tidak mengamalkan ciri ciri Islam...Barat telah berjaya mengkristian kan ramai orang melayu dan pemimpin-pemimpin tanpa mereka sedari...percaya lah..!

Anonymous said...

Slogan UMNO pon sememangnya HIDUP MELAYU bukannya HIDUP ISLAM.Sebab itu tak hairanlah anak-anak mereka berpakaian lebih daripada orang putih.Mononjol sana, mononjol sini.Inilah JAHILIAH MODEN namanya.Kita dah benar-benar berada di akhir zaman.Semoga keturunan kita tidak seperti cara hidup mereka.

Anonymous said...

pada umno itu tak salah.dosa besar ialah melawan tok ketua???macam2 ancaman akan dikenakan,fitnah siang malam.jadi,untuk selamat tok peti pun kena jual agama untuk hidup???

Master Jaguh said...


Lihat Foto Lagi >>> DI SINI !! <<<

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails