Sunday, April 07, 2013

TPM Tuduh PAS, Parti Ajaran Sesat... UMNO Tiada Kafir?




Pas Parti Ajaran Sesat bawa fatwa songsang
KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri hari ini melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat. 

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan ter baharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam. Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini hari ini.

“Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum UMNO. UMNO sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia,” ka tanya. - BERNAMA (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim
  • Menuduh parti Islam (PAS) sebagai parti yang membawa ajaran sesat, adakah bermaksud menuduh pengikut-pemgikut PAS sudah sesat terkeluar dari agama Islam? 
  • Kalau itu yang berlaku bolehkan TPM dibawa ke mahkamah kerana menuduh PAS sesat terkelaur dari agama Islam atau membawa ajaran sesat yang baru"
  • Adakah TPM mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menfatwakan ada ajaran sesat dibawaoleh PAS, sedangkan sudah banyak ajaran-ajaran sesat yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia sejak dulu sampai sekarang kecuali PAS.
  • TPM tidak semakkah di pejabat daftar pertubuhan erti PAS, yang tiada bertulis Parti Ajaran Sesat? TPM hina jabatan negaranya sendiri.
  • Bolehkah Majlis Fatwa Kebangsaan mengelurkan fatwa apa hukum parti orang Islam yang 'menolak dasar Islam'?
  • Bolehkah UMNO/TPM buktikan kenyataan 'Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum UMNO. UMNO sebagai kafir' yang kononnya ada di dalam Amanat Haji Hadi?
  • Bolehkah UMNO nafikan bahawa ada ramai ahli-ahli UMNO yang kafir tidak menganut agama Islam?
  • Bolehkah UMNO nafikan 'UMNO kafir', kerana ramai ahli-ahlinya yang kafir tidak beragama Islam, saparti rakyat Malaysia keturunan Siam/Buddha di Kedah, kaum bumiputera bukan Islam di Sabah/Serawak dan lain-lain? 
Cukup  sampai di sini dulu (IH)

4 comments:

Anonymous said...

setakat tu je ke ko punya reasoning?
alahai..no wonder la imej PAS makin menjunam!

Anonymous said...

Pretty great post. I just stumbled upon your weblog and wished to say that I've really enjoyed browsing your weblog posts. After all I'll be subscribing for your feed and I am hoping you write once more soon!


Feel free to visit my website: aim bot

lijitra said...

oii mat sembet,kalau tolak Islam itu apa maknanya.tu la orang suruh pi belajar agama tak mau.

ali mahmud said...

Aku nak dengar jwapan balaci-balaci UMNO. Mana dia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails