Thursday, April 18, 2013

Istimewanya Hj Husam Musa, Calon PAS Putrajaya

Oleh Warta Shubhi



Aku tak boleh tidak perlu buat jugak posting pada salah seorang dari banyak-banyak insan yang aku hormat di Malaysia ini di kalngan para pemimpin Politik tanahair.

Apatah lagi apabila insan ini dilepaskan bertanding di pusat pentadbiran negara terbaru iaitu Putrajaya. Banyak juga kritikan terhambur di kalangan pembangkang bila Tun Mahathir pulun membina Putrajaya ini atas alasan ianya adalah satu pembaziran.


Bagi bab samada itu adalah satu pembaziran atau tidak, terpulang pada masing-masing punya pendapat dan pertimbangan. Tak ada salah tak ada betul, bergantung ikut mana kita nak baca. Ianya sama seperti segelas air yang terisi separuh. Ada yang kata tak penuh ada juga yang kata alhamdulillah, ada air. Kedua-duanya betul belaka.
Realitinya Putrajaya dah ada dan beroperasi sebagai satu pusat pentadbiran yang penting di negara kita. Dan semua orang tahu itu adalah lubuk Umno terutamanya Tengku Nan. Secara logiknya, sesiap saja dipihak PR yang sengaja pergi terjun untuk bertanding kat Putrajaya itu sengaja menempah kekalahan. Itulah kebnaykan orang anggap.

Tetapi bila Husam Musa bersetuju untuk lawan Umno di Putrajaya, aku rasa kesian pulak pada dia. Aku rasa tak sedap hati dan bersangka ada di kalangan Pas yang sengaja menyusun untuk membunuh pemimpin berpotensi ini.
Namun setelah melihat keyakinan dan keterbukaan Husam menerima cabaran ini aku rasa kagum dan lega. Husam kata, menang kalah adalah urusan Allah dan kita hanyalah berikhtiar. kalau tak lawan sudah tentu tak akan ada apa-apa hasil.

Aku kagum dengan keberanian Husam. Aku kagum dengan mendalamnya sifat tawakkal Husam dan betapa jitunya perasaan berserah diri dan yakin kepada Allah yang ditunjukkan oleh Husam.

Jesteru itu aku sokong 100% langkah berani ini dan mendoakan sekarang juga dengan lafaz ini...

"Ya Allah! Engkau bukalah hati para pengundi di Putrajaya untuk memilih pemimpin yang cintakan agamaMU ini. Berikanlah kemenangan kepada Haji Husam Musa di Putrajaya"
Husam ini adalah seorang pemimpin yang cuklup istiqamah dengan segala perjuangannya. Dia mungkin tidak berapa mesra kawan, kata sesetengah orang, tapi itu adalah perangai beliau yang boleh dimaafkan. Kita perlu lihat sifat kerja kuat dan tidak merapu beliau melebihi kelemahan tersebut.


Antara beberapa kerat pemimpin yang dikagumi lawan terutamanya BN adalah Husam ini. Bekas PM, Pak Lah amat memuji Husam Musa dengan berkata Husam merupakan pemimpin yang baik dan perlu dicontohi oleh para pemimpin lain agar suasana politik negara kita lebih sihat.
Husam juga dinobatkan sebagai Ahli Parlimen paling cemerlang pada tahun 2003 ketika menjadi ahli parlimen sepanjang 1999 hingga 2004. Beliau banyak mencetuskan idea dan isu baru untuk faedah rakyat malaysia keseluruhannya setiap kali berbahas di dalam dewan.




Perangai Husam ini teramat berlainan berbanding pemimpin lain. Setiap masa terluang akan diisinya dengan membaca Al-Quran di mana saja dia berada. Jika di Parlimen, ketika orang lain sibuk melepak di kantin berbual, dia pula sibuk cari maklumat dengan membaca laporan-laporan di kutub khanah Parlimen untuk mencari fakta buat perbahasan demi rakyat Malaysia.

Tak banyak gambar Husam yang telah aku rakamkan. Cuma ada beberapa keping gambar yang aku ambil ketika memohon untuk bertemu dengan Husam suatu ketika dulu bersama sekumpulan usahawan yang ingin mendengar cetusan idea beliau mengenai keusahawanan.



Aku tak sangka Husam begitu bersungguh menyambut permohonan aku dengan menempa sebuah bilik mesyuarat di sebuah Hotel di KL dengan menggunakan duit dia sendiri. Kebetulan dia berada di KL atas urusan lain ketika itu. Dia memberikan ruang pada aku dan kawan-kawan selama 2 jam untuk bertemu dengannya.

Selain dari gambar itu, gasmbar ayang aku paparkan adalah yang aku ceduk dari beberapa tempat lain terutamanya di FB beliau sendiri. Jika anda yang membaca tulisan ini adalah pengundi Putrajaya, aku doakan agar anda terbuka hati untuk memilih Husam sebagai calon Parlimen dari Putrajaya. Insyallah ia adalah pilihan yang cukup baik dan amat berbaloi untuk rakyat Malaysia. (WS)


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

3 comments:

Anonymous said...

Aku harap korang jgn mengarutlah..semak rekod Husam Musa di Kelantan...lebuhraya dah siap ke?? Cukup2lah mengelirukakan masyarakat...tiba2 nak jd pemimpin di Putrajaya ni apa cerite??

Anonymous said...

Puak PAS Hududkan dulu kes Zina Mustafa Ali dan pemimpin PAS yang lain..kemudian betulkan skandal-skandal Anwar, dakwahkan DAP untuk terima Islam, kemudian barulah menagih simpati pengundi, kalau tidak jgn mangarutlah!!

Anonymous said...

Kalau setakat nak jual Islam untuk kuasa dgn harga yg amat murah..nauzubiLLahhimin zalik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails