Thursday, April 18, 2013

2 Hari Sebelum Penamaan Calon, ROS Tak Iktiraf DAP.



KUALA LUMPUR: Dua hari menjelang penamaan calon pilihan raya umum ke 13, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghantar surat kepada DAP hari ini memaklumkan barisan kepimpinan parti itu tidak diiktiraf. Surat yang dikatakan bertarikh semalam, 17 April itu dikatakan diterima oleh DAP hari ini.

Lim Guan Eng ketika ditemui media enggan memberikan sebarang ulasan sekarang melainkan selepas mesyuarat mengenainya diadakan. DAP dijangka membuat mesyuarat tergempar bagi membincangkan implikasi dari surat ROS itu. Sebelum ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP akan menggunakan simbol PAS atau PKR jika pendaftaran membuat sebarang tindakan sehingga simbol DAP tidak boleh digunakan dalam pilihan raya ini.

PAS pula telah menyambut dengan berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan permintaan dari DAP itu. Begitu juga PKR. Semasa kongresnya di Pulau Pinang Disember tahun lepas, DAP mengaku kesilapan telah berlaku dalam menentukan barisan kepimpinannya ekoran tersalah kira dalam komputer. Seminggu selepas itu, keputusan yang sebenar diumumkan oleh pucuk kepimpinan DAP. (Hrkh)

1 comment:

sweetsour said...

mohon tuan link kn blog TPB di blog tuan.

http://thepoliticianblogger.blogspot.com

Blog tuan telah sy pautkan di blog TPB

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails