Wednesday, February 13, 2013

RM403J, 11Projek Kedah Rugi, Ada Penyelewengan?


KL: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pendedahan terhadap kerugian yang didakwa bernilai RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah negeri Kedah perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan  kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.

“Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berpendapat jika segala pengurusan 11  projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. Tetapi, ujarnya jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.


Semalam, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Bercakap dalam sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, beliau berkata, penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta

"Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.
"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya.

Justeru, kata Mohd Azmi, Teras kesal isu penyelewengan dalam pelaksanaan projek kerajaan masih berleluasa seperti yang digambarkan dalam Laporan Audit Negara. Menurutnya lagi, rekod salahguna kuasa dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi telah merosakkan imej negara di kacamata pelabur dalam dan luar negara.

Beliau berkata, jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan.

“Kami mengingatkan segala kerugian ini bukan sahaja akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Kedah sendiri namun kerugian itu juga menjadi hutang yang akan terbeban kepada kerajaan negeri sekarang dan juga generasi mendatang.
“Kami menegaskan ini jelas adalah satu perompakan harta generasi selanjutnya. Pecah amanah dalam menjaga perbendaharaan negeri adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dikompromi,” katanya.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan pembayaran hendaklah dijejaki sehingga mereka yang terlibat menyebabkan kerugian yang ditanggung diambil tindakan sewajarnya. Mohd Azmi berkata, Teras akan turut mengesan pelbagai projek negeri dan Persekutuan yang  mengeluarkan perbelanjaan besar yang tidak sepatutnya supaya dapat mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang terjadi.

Katanya, rakyat tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kerajaan yang mengurustadbir kewangan awam dengan cara menyalah guna kuasa dan penyelewangan dalam melaksana projek kerajaan.

“Kami menuntut ketelusan pihak kerajaan yang bertanggungjawab ketika 11 projek tersebut dilaksanakan. Pihak Audit Negara harus menghantar pasukan khas untuk menyiasat semua rekod projek yang berkenaan,” ujarnya lagi. (IH/Hrkh)

1 comment:

Anonymous said...

jangan lupa siasat DetKhalid Jongang dan konco2 spt Mat Kaq...

Itu gang lanun. . Semua depa songlap....

Dulu aku sumpah hangpa jatuh.. Betui2 hangpa kalah pasai sombong macam babi..

La ni aku sumpah hangpa mampuih...

Sbb bodoh mcm babi...

Hidup bashah... Det hang jgn dok meroyan nak jadi MB... Mati hidup balik 27 kali pun hang dah tak boleh?.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails