Wednesday, June 20, 2012

Jaga! Melukis Dg Payu Dara, Dah Dekat Dg M'sia..


FEMEN melukis dengan payudara demi amal

BANGKOK: Kementerian Kebudayaan Thailand meminta penjelasan daripada produser rancangan mencari bakat yang menayangkan seorang peserta wanita melukis menggunakan payu daranya disiarkan ke seluruh negara.
FEMEN melukis dengan payudara demi amal
FEMEN melukis dengan payudara demi amal
FEMEN melukis dengan payudara demi amal
FEMEN melukis dengan payudara demi amal
Menteri Kebudayaan, Sukumol Kunplome berkata, “Masyarakat mengkritik rancangan ini dan kami perlu mendapatkan jawapan.”

Ahad lalu, peserta untuk rancangan “Thailand’s Got Talent”, membuka baju dan colinya sebelum mencurahkan setin cat warna di payu daranya, di mana dia kemudian menggosok payu daranya di atas kanvas di hadapan juri yang memandang dengan mulut terbuka dan penonton bersorak.

Dia diundi untuk melepasi pusingan seterusnya oleh dua juri lelaki, menyebabkan seorang juri wanita merasa resah. Produser rancangan itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. Walaupun industri seks di Thailand berkembang, pegawai di negara itu sering mengkritik perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Minggu lalu, Kementerian Kebudayaan Thailand berkata, ia memfailkan aduan polis terhadap penyanyi pop Amerika Syarikat, Lady Gaga, kerana menggunakan bendera Thailand dalam persembahannya bulan lalu dan memakai pakaian yang menjolok mata. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Melukis guna payudara menyerang Thailand pula. Makin dekat dengan Malaysia. Bolehkah Malaysia mengawalnya, bila budaya ini menyerang?

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Dulu isu melukis dengan zakar. Perempuan pun tak mahu kalah yeee..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails