Sunday, June 17, 2012

Bimbang Trend Filem Tempatan.. Teliti. -PKPIM

HIBURAN
KL: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bimbang dengan trend penerbitan filem tempatan yang lebih kepada unsur negatif iaitu seram dan gengster.

Menurut Mohd Syahiran Muhamad, Exco Dokumentasi & Penerbitan PKPIM, gambaran kehidupan yang tidak sihat dan mengetengahkan keganasan seperti “Gangsterisme” yang akhirnya akan mempengaruhi anak-anak muda di negara ini kearah perkara yang ditengah terutama agama Islam.

Bagi beliau, pemfileman merupakan salah satu media atau alat penyampai maklumat serta pendidikan kepada masyarakat berbentuk penceritaan bersiri atau hanya satu episod.

Katanya, filem atau drama, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat dalam negara. Nilai sesebuah cerita itu harus di titik beratkan oleh produser dan pengarah sesebuah filem agar maklumat yang betul dan nilai-nilaimurni dapat disalurkan kedalam masyarakat Malaysia yang pastinya mengutamakanabab serta nilai yang baik.

Jika dilihat filem-filem yang berada dipasaran sekarangamat membimbangkan kerana mengandungi unsur-unsur negatif seperti kepercayaan tahyul.  Walaupun ada yang memberitahu bahawa dalam filem-filem ini tidaklah menggambarkan realiti kehidupan sebenar dan hanya mengetengahkan adegan-adegan yang boleh menarik penonton yang ramai.

Namun, katanya,  perbuatan-perbuatan ini salah serta memberi padah jika ditiru berbuatan tersebut, namun tidak dinafikan ada filem tempatan yang terbaik dari segi nilai-nilai murni yang disampaikan.

Oleh itu, setiap pengeluaran filem di negara ini harus diambil nilai oleh pihak pemfileman negara, manakala diharap Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan kementerian yang bertanggunjawab keatasnya.

Untuk mempastikan keluhuran agama Islam terjaga, katanya, pihak berkuasa haruslah meneliti setiap filem yang akan dikeluarkan agar rakyat yang beradab yang mengamalkan nilai-nilai murni dapat dibentuk untuk hari ini dan masa depan. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails