Wednesday, February 15, 2012

Task Force S'ngor Selesai Masalah Tanah 30 Thn..

SHAH ALAM, 15 Feb 12: Lebih 300 peneroka asal Kampung Perepat, Kapar yang mengusahakan tanah untuk pertanian di bawah Skim Rancangan Tanah Revolusi Hijau yang dimulakan pada 1981 akhirnya mendapat kepastian tentang pemilikan hak milik tanah.


Penyelesaian ini dicapai hasil usaha Task Force yang ditubuhkan khas oleh Kerajaan Negeri Selangor setelah meneliti masalah yang melibatkan lebih 400 lot tanah di kampung berkenaan.

Akhirnya lebih 300 lot tanah telah mendapat kepastian tentang hak milik dan kini hanya tinggal tidak lebih 40 lot tanah yang belum diselesaikan kerana beberapa masalah termasuk pertindihan pemilik, tidak tetap pemilikan dan tanah disewakan kepada orang lain.

Perkara ini diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarahim dalam satu kenyataannya hari ini. Khalid berkata, majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menerima cadangan Task Force bagi pihak yang terlibat menyelesaikan masalah secara rundingan bersama pejabat tanah dan daerah.

Jika tiada persetujui dicapai, rundingan ini akan dibawa ke Arbitrasi (timbangtara) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri dan dianggotai pakar-pakar hal ehwal tanah, katanya.

"Pejabat Tanah dan Daerah Klang akan menghubungi 40 pemilik lot tanah ini untuk penyelesaian dan sekiranya gagal, kita akan menggunakan saluran undang-undang menerusi Arbitrasi," beritahu Khalid.

Katanya, kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih kepada Task Force ini yang dipengerusikan Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Setia Diraja Haji Abdul Ghani Pateh Akhir dan ahli-ahli panel lain, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir, Dato’ Mat Lazim, bekas Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Abdul Ghani Zainuddin dan Setiausaha Task Force, Puan Hajjah Latipah Suliman serta mereka yang terlibat kerana berjaya menolong Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini yang lama tertangguh.

"Masalah Kampung Perepat ini jelas menunjukkan bahawa sistem pemilikan tanah yang tidak telus dan adil akhirnya akan mendatangkan banyak masalah kepada Kerajaan Negeri.

"Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memastikan setiap pemberimilikan tanah dilakukan dengan penyiasatan dan semakan bagi menghalang dari berlaku salah guna kuasa, pertindihan dan pemberian kepada mereka yang tidak layak," tegas beliau. (IH/Hrkh)

1 comment:

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails